Headlines

Isteri Dibunuh Dan Suami Ditahan Angkara Cemburu

Posted by admin | Saturday 29 December 2012 | Posted in ,



ALOR SETAR : Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki berpunca daripada perasaan cemburu berakhir dengan tragedi apabila wanita yang baru berkahwin enam bulan lalu itu ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung Alor Gelegah di sini semalam.

Kejadian pukul 2 pagi itu mengakibatkan pembantu kedai, Nor Fatimah Anis Md. Radzi, 17, mati dengan kesan kecederaan di kedua-dua belah kaki dan tangan selain kesan luka di dahi.

Dia dipercayai dipukul dengan dua batang buluh sepanjang 0.89 meter di hadapan rumah tersebut.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu dan bapa mertua mangsa tiada di rumah kerana pergi ke rumah anak mereka di Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, polis percaya kejadian itu bermotifkan cemburu namun pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar.

“Sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan bertengkar di depan rumah sebelum mereka keluar dengan menunggang motosikal dan pulang 15 minit kemudian sambil diekori seorang lelaki yang menaiki motosikal berasingan.

“Sebaik tiba di rumah, suami wanita itu dan lelaki tersebut bergaduh. Semasa pergaduhan itu, mangsa cedera selepas dipukul di kepala dengan objek keras,” katanya kepada pemberita di sini.

Lelaki itu kemudian beredar manakala suami mangsa membawa isterinya masuk ke dalam rumah.

Menurut Mohd. Zakaria, polis telah menahan tiga lelaki termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua lelaki itu berusia dalam lingkungan 20-an. Dua lelaki itu merupakan kenalan pasangan tersebut.

“Kita anggap kes ini selesai dengan penangkapan tersebut,” katanya yang memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, dia bergegas ke rumah mangsa yang terletak berdekatan dengan kediamannya selepas terdengar pasangan itu bertengkar. – Kosmo

Pelajar tingkatan empat ditemui mati tergantung

Posted by admin | | Posted in



Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.


GUA MUSANG - “Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu.” kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, yang mati tergantung, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.

Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.

Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah.

“Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.

“Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik,” katanya.

Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.

“Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu,” katanya.

Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.

“Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi-Sinar

Alfatihah.

KENANGAN 2012: Runtuhnya Bahtera Dalam Rumah Tangga

Posted by admin | Friday 28 December 2012 | Posted in ,




Sasha bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 10 Julai lalu dengan talak satu selepas lima tahun berkahwin.



PETALING JAYA: Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tahun 2012 yang akan melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi menyaksikan pelbagai kisah suka dan duka di alam rumah tangga.

Rumah tangga yang dibina oleh sebahagian selebriti kita tidak mampu bertahan lama. Ada di antaranya belum sampai setahun melayari bahtera itu.

Itulah dinamakan takdir. Jodoh, ajal dan maut tiada siapa yang dapat menolaknya.

Bahagia Hattan hanya dua bulan

Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, melafazkan talak satu terhadap isterinya Farah Asyikin Othman di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 12 Januari 2012.

Mereka bernikah pada 11 November 2011. Sepanjang dua bulan berkahwin, terdapat masalah yang akhirnya menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman yang berusia 13 tahun. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Sharifah Aleya & Ashraf punyai zuriat kembar

Sesuatu yang amat bermakna terhadap perkahwinan Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, dengan Muhammad Ashraf Aasimidin, 32, apabila rumah tangga yang dibina pada 8 Disember 2007 membawa nikmat dengan zuriat kurniaan Allah.

Hasil perkahwinan itu mereka memperoleh bayi perempuan kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena yang kini berusia tiga tahun.

Tapi sayang, hubungan suami isteri itu tidak kekal lama apabila kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada 29 Februari 2012.

Ashraf melafazkan talak satu terhadap Aleeya di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.




Jimmy melakukan lafaz cerai secara khuluk iaitu tebus talak sebanyak RM1 terhadap Suhaila pada 10 Oktober lalu.



Bahtera Adda (Butterfly) roboh tidak sampai sebulan

Hasrat untuk kekal bahagia tidak terlaksana. Vokalis kumpulan Butterfly, Adda atau nama sebenarnya Nur Syuhada Baharuddin, 24, bercerai talak satu dengan Ridzuan Mohammad.

Mereka bernikah pada 30 Mac 2012 tetapi sayangnya selepas 17 hari, rumah tangga mereka roboh.

Ridzuan melafazkan talak satu terhadap Adda pada 17 April 2012 melalui satu panggilan telefon.

Raja Azmi & Jalani Sidek berpisah selepas 28 tahun

Angka 28 tahun bukannya satu jumlah yang singkat. Tapi apakan daya jika setakat itu sahaja jodoh di antara Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dengan bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek, 49.

Pasangan itu bernikah pada 22 Disember 1984 dan mengambil keputusan bercerai pada 27 Jun 2012. Lafaz cerai dilakukan Jalani atau nama sebenarnya Mohamed Jalani Mohamad Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur dengan talak satu.

Tarikh 27 Jun itu juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Raja Azmi yang ke 53 tahun.

Hasil perkahwinan mereka, kedua-dua pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.



Ana Dahlia dan Chef Riz mempunyai sebab tersendiri merahsiakan kemelut rumah tangga mereka.



Sasha Saidin & Salyo sembunyi kisah rumah tangga

Bekas penyanyi Elite iaitu Sasha Saidin, 36, berjaya menyembunyikan kemelut rumah tangganya dengan Salyo Priyanto, 37, yang dibina selama lima tahun.

Pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 10 Julai 2012 dengan talak satu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna yang kini berusia tiga tahun.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Salyo dan kedua untuk Sasha.

Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau Johan Abdullah Skinner pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Park, London.

Sham (Kamikaze) & Farazila lakukan “muasyarah”

Bekas anggota kumpulan Kamikaze iaitu Shamri Mohd Salleh, 36, atau Sham tidak lagi bergelar suami kepada Fazila Abdul Jabar, 31, sejak 1 September 2011.

Pada akhir bulan Ogos lalu, Farazila telah memfailkan cerai terhadap Sham kerana sudah tiada persefahaman.

Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang mendengar permohonan itu menjelaskan rujuk perbuatan yang dilakukan pasangan tersebut selepas lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.

Mereka juga telah melakukan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tetapi pernikahan berkenaan sebenarnya sudah terbatal.

Mereka juga ditegur kerana tidak melaporkan kepada mahkamah ketika lafaz cerai dibuat sebelum ini.

Pasangan berkenaan bernikah pada 17 Ogos 2008 dan pada 30 Ogos 2012, mereka sudah tinggal secara berasingan.





Raja Azmi dan Jalani berpisah selepas 28 tahun berkahwin.



Jimmy Shanley tebus talak RM1

Perkahwinan yang penuh dengan kontroversi. Itulah rentetan hidup pelakon Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 33, dengan anak jutawan kosmetik produk Natasya iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, 26.

Jimmy melakukan lafaz cerai secara khuluk iaitu tebus talak sebanyak RM1 di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya, pada 10 Oktober 2012.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zahrah Shanley yang berusia lebih setahun.

Punca Dirahsiakan antara Ana Dahlia & Chef Riz

Pelakon Ana Dahlia dan Chef Riz mempunyai sebab tersendiri untuk merahsiakan kemelut rumah tangga mereka.

Kedua-dua pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2011 tetapi pada 10 Disember 2012, Chef Riz atau Mohd Nadzri Redzuawan, 31, secara rasmi menceraikan Ana Dahlia dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang.

Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar , 29, dan Riz telah diijabkabulkan di Taiping, Perak, pada 11 Disember 2011

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Ana.






Khairul Fahmi & Leuniey Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Posted by admin | | Posted in , ,



Apek dan leuniey kini sah menjadi suami isteri. Foto SAZUKI EMBONG



KOTA BARU: Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.

"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.

"Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat, " katanya kepada mStar Online selepas majlis pernikahan berlangsung.

Tambah Apek, sebelum ini, pergerakan dia dan Leuniey untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Apek yang terdahulu.





Pasangan ini belum merancang untuk berbulan madu lagi.



"Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu," ujarnya.

Leuniey telah menerima wang hantaran yang juga dijadikan sebagai mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.

Sebelum majlis pernikahan itu, rombongan pihak lelaki tiba dengan diiringi sepasukan polis trafik sepanjang perjalanan mereka ke kediaman keluarga Leuniey.

Sementara itu, Apek memberitahu, dia dan isterinya itu belum merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini, namun masih lagi menganggap perkara itu amat penting sebagai permulaan baru melalui alam berumah tangga.

Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya.

Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir.

Apex Berdebar Saat Bakal Bergelar Suami Esok Hari

Posted by admin | Thursday 27 December 2012 | Posted in , ,



KUALA LUMPUR : “Saya nervous, berdebar, teruja dan sebenarnya tak tergambar perasaan ini untuk menghadapi hari bahagia saya ini nanti,” demikian kata penjaga gawang bola sepak negara Khairul Fahmi Che Mat yang sedang menghitung detik-detik bahagianya dalam tempoh tidak sampai 24 jam lagi.

Tidak sabar mahu bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Leuniey Natasha, Khairul Fahmi atau Apex mengakui dia kini sudah bersedia sepenuhnya, baik dari segi mental mahupun fizikal untuk memikul tanggugjawab sebagai seorang suami.

“Saya berjanji tidak akan mensia-siakan isteri saya…Keputusan untuk mendirikan rumah tangga datang dari saya sendiri, Insya Allah saya akan menjadi suami yang sempurna di mata Leuniey,” kata Apex kepada murai.com.my dengan nada malu-malu.

Biarpun ramai yang mempersoalkan tentang keputusannya untuk mendirikan rumah tangga dalam usia muda dan di saat kariernya sedang memuncak, Apex mengakui perkara itu bukan halangan untuk dia terus berada di persada bola sepak negara.

“Tidak ada salahnya berkahwin di usia muda, malah lebih baik jika ianya dilakukan kerana dapat mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak elok. Saya tak setuju kalau orang kata perkahwinan akan merosakkan karier seseorang, kerana karier dan perkahwinan adalah dua perkara berbeza,” katanya serius.

Menjawab persoalan tentang dia tidak diturunkan semasa perlawanan Piala AFF 2012 baru-baru ini, Apex mengaku kecewa apabila perkara itu dikaitkan dengan perkahwinannya.

“Saya tak faham kenapa perlu kaitkan perkara itu dengan majlis perkahwinan saya. Tapi sebenarnya, samada saya ‘performed’ ataupun tidak orang tetap akan kaitkan saya dengan perkara itu.

“Saya agak kecewa bila Leuniey turut dikaitkan dalam hal ini dan lebih pahit lagi apabila dia ‘disembur’ dengan kata-kata yang tidak enak didengar … tapi tak apalah…benda pun dah lepas…semua kata-kata itu saya anggap sebagai kritikan membina. Agaknya ini dugaan orang nak kahwin,” katanya dalam tawa kecil.

Sebelum mengakhiri perbualan, Apex sempat memohon agar semua pihak mendoakan yang terbaik untuk dia dan Leuniey. – Murai

Uchop Juara 'Vokal', Tewaskan Mar

Posted by admin | | Posted in ,




Uchop



SHAH ALAM: Peserta Uchop, 28, berjaya meraih gelaran juara musim kedua program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) malam Rabu yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, disini.

Kemenangan Uchop yang dikatakan mempunyai cara nyanyian yang versatil oleh juri, Hattan dan Ziana Zain sekaligus melayakkan peserta kelahiran Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta sebuah trofi.

"Saya bersyukur dan tidak sangka dapat menjuarai pertandingan ini.

"Moga menerusi wang tunai yang dihadiahkan, saya dapat menggunakannya sebaik mungkin, InsyaAllah," katanya selepas pertandingan tersebut.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Mar atau nama sebenarnya Marlleynney Fane J.L Paul,25 sekaligus menerima hadiah kemenangan sebanyak wang tunai sebanyak RM30,000 beserta sebuah trofi.

Pada pertandingan tersebut, kedua-dua peserta perlu melalui tiga cabaran dimana yang pertama, Mar dan Uchop perlu membawakan persembahan solo.

Mar membawakan lagu medley iaitu Semua Isi Hatimu nyanyian 3 Suara dan Sesuatu Janji (Taufik Batisah). Manakala Uchop menyanyikan lagu Dipenjara Hidup dan Opera Hidup nyanyian penyanyi asalnya, Awie.

Seterusnya, tugasan kedua pula mereka membawakan lagu baru ciptaan khas oleh komposer Ajai iaitu Maafkanlah Cinta (Mar) dan Yuzai pula menghasilkan lagu buat Uchop berjudul Biar Jujurlah Padanya.

Cabaran terakhir pula, Mar dan Uchop mengharungi segmen 'battle' dimana kedua-dua mereka akan membawakan lagu pilihan sendiri.

Sementara itu, pentas Vokal turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi hebat iaitu Saleem, Zamani, Hattan dan Ziana Zain.

Sepanjang 12 minggu pertandingan berlangsung, format permakahan Vokal dibahagikan kepada dua iaitu 50 peratus daripada juri manakala 50 peratus lagi menerusi SMS.

Konsert tersebut bersiaran menerusi saluran TV3, setiap Rabu, pukul 9 malam.

Gambar Bulan Madu Farid Dan Diana Di Sydney

Posted by admin | Wednesday 26 December 2012 | Posted in ,



Pasangan artis yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka 3 November lepas telah berkongsi foto bulan madu mereka semasa berada di Sydney Australia.

Walaupun beberapa kontroversi telah timbul selepas majlis pernikahan dan persandingan mereka, itu tidak menghalang dari Diana Danielle dan Farid Kamil untuk bercuti ke Sydney.

Apa yang lebih menarik, seorang peminat bertuah yang menetap di Sydney berpeluang untuk makan malam bersama Farid Kamil dan Diana Danielleapabila dia menegur Farid Kamil di laman Instagram.











[Video] Anak Aaron Aziz Menari Lagu Wonder Girls

Posted by admin | | Posted in ,





Ke mana tumpahnya kuah kalau x ke nasi..begitulah perumpamaan yang sesuai untuk permata hati pelakon pujaan ramai, Aaron Aziz iaitu Dahlia Arissa.


Wahh..kemain lagi dia berjoget ikut rentak lagu Nobody nyanyian Wonder Girls ini. Mesra dengan panggilan Ahlia ni tidak henti-henti menari tanpa rasa malu dan selamber.


Sebenarnya, darah yang mengalir dalam tubuh Ahlia itu sedikit sebanyak mengikut jejak langkah Aaron Aziz.

Aaron  mempunyai darah seni jadi tidak mustahil apabila suatu hari nanti anaknya akan ikut jejak langkah sepertinya.

Dahlia Arissa merupakan puteri bongsu kepada pelakon dan pengacara kacak idaman Malaya.

Mana tau suatu hari nanti boleh jadi pelakon atau penari yang hebat..jom layan video si comel ini menari!


Rangka Bot Firaun Ditemui Di Abu Rawash

Posted by admin | | Posted in , ,



Seorang pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun.


KAHERAH - Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.


Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar.


Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin.


Pada kebiasaannya, bot itu ditanam dekat mumia firaun kerana ia dipercayai mampu membawanya kepada tuhan di syurga. - AGENSI

Bapa terkilan Leuniey tak jemput?

Posted by admin | Tuesday 25 December 2012 | Posted in , ,





Kota Bharu: Bapa kandung kepada Nur Eilunie Natasha atau Leuniey, Jaafar Mohamad, terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), Jumaat ini.

Katanya, beliau sedih tidak dapat menyaksikan anaknya dinikahkan Imam Besar Masjid Pasir Pekan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, pada jam 10 pagi. 

“Dia (Leuniey) satu-satunya anak perempuan saya. Sebagai seorang ayah, besar harapan saya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu. 


“Bagaimanapun, saya akan hadir jika dijemput, " katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Jaafar berkata, beberapa hari lalu, beliau dikunjungi Leuniey dan Apek yang meminta tandatangannya sebagai wali, tetapi mereka tidak menjemputnya ke majlis berkenaan.

“Walaupun agak terguris dengan cara itu (meminta tandatangan), saya terpaksa memenuhi permintaan mereka yang akan melangsungkan perkahwinan Jumaat ini,” katanya dalam nada sebak.

Leuniey anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum mereka bercerai 10 tahun lalu. 
Jaafar kini tinggal bersama isteri baru dan dua anak lelaki, seorang daripadanya adik kepada Leuniey yang berusia 19 tahun.

“Walaupun (Leuniey tidak membesar dalam jagaan saya, saya masih tetap ayahnya, dan sepatutnya hadir pada majlis itu,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan pasangan terbabit akan dinikahkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum membatalkannya kerana perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dijadualkan pada hari sama.

Zul Ariffin Mengaku Cintakan Gayatri Su-Lin Pillai

Posted by admin | Monday 24 December 2012 | Posted in ,



KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai hubungan cinta antara pelakon Zul Ariffin dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai akhirnya menemui jawapan apabila lelaki itu mengesahkan tentang perhubungan tersebut.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, berkata, perhubungan cinta itu sudah tujuh bulan dijalinkan dan ia masih lagi di peringkat awal dalam mengenali antara satu sama lain.

"Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filemPenanggal sekitar bulan Mei lalu.

"Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut.


Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya," katanya.

Beberapa bulan lalu, gosip Zul yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri tersebar namun Zul mahupun penerbit filem itu enggan memberikan sebarang komen tentang hubungan tersebut.

Walaupun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua mereka, hUbungan cinta yang dijalinkan itu tetap dipersoalkan.

Zul dikatakan mempunyai citarasa ke arah wanita yang lebih matang memandangkan sebelum ini dia juga pernah bercinta dengan Abby Abadi lebih kurang selama dua tahun.

Sementara itu, Zul berharap agar tiada yang cuba membangkitkan isu tentang jarak umur antara mereka yang jauh berbeza kerana keputusannya untuk menjalinkan hubungan dengan Gayatri tidak ada kena mengena dengan status atau usia wanita itu.

"Sejak dahulu lagi, saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau had umur dalam menjalinkan sesebuah hubungan.

"Begitu juga sekarang, cinta saya terhadap Gayatri ikhlas. Apa-apa pun hubungan ini masih lagi baru dan kami belum lagi memikirkan ke arah perkahwinan," ujarnya.

Anak Yusof Haslam Bertunang

Posted by admin | | Posted in ,



KUALA LUMPUR : Anak kepada pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof mengikat tali pertunangan dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal di rumah tunangnya di Gombak, Selangor semalam.

Pada majlis tersebut, Syafiq, 20, yang juga seorang pengarah filem sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan Aeisyah, 20, memberi tunangnya sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibunya, Datin Fatimah Ismail beserta tujuh dulang hantaran.

Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Syafiq yang mengarahkan filem berjudul Sam berkata, dia dan tunangnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun hingga dua tahun dari tarikh pertunangan mereka.

“Syukur kerana majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Saya harap agar pertunangan ini sampai ke jenjang pelamin.

“Insya Allah sama ada hujung tahun depan atau 2014 kami akan berkahwin,” ujarnya gembira ketika dihubungi Kosmo! semalam. – Kosmo

Fazurina Perjelas Isu Kahwin Lari

Posted by admin | Sunday 23 December 2012 | Posted in , ,



Fazurina Perjelas Isu Kahwin Lari: Baru-baru ini industri hiburan digegar dengan berita pelakon Siti Fazurina yang telah berkahwin tanpa pengetahuan keluarga di Masjid Jamek, Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Terkejut dengan berita panas itu, pelakon drama ‘Dunia Anita’ ini telah menjelaskan pada hari Khamis lepas, bukan niatnya untuk senyap atau melarikan diri daripada masyarakat.

Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara ‘face to face’ untuk bercerita tentang perkara ini,” ujar Siti Fazurina.

Dalam pada itu Fazurina turut mengakui yang dia dan suami, Hykal Zulkifli agak terkejut dengan kontroversi yang menimpa mereka.

Kalau boleh Rina tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebab kalau ikutkan, tiada sebarang isu pun. Tapi kalau pihak media menuntut penjelasan daripada Rina dan suami, Rina tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Rina akan buat sidang media dalam waktu terdekat untuk jelaskan semuanya. Mungkin dalam bulan ini juga. Rina akan maklumkan kemudian nanti.” ujarnya lagi.

Fazurina juga sempat memohon maaf kepada media kerana tidak menjemput ke majlis pernikahannya. Namun, akan menjemput media untuk majlis resepsi perkahwinan mereka pada 9 Februari hadapan.
“Lokasi belum boleh dimaklumkan lagi sebab tak tahu hendak buat di mana. Namun yang pasti, Rina akan buat di Pulau Pinang sebab Hykal orang sini dan sanak-saudara Rina juga ramai di sini,” tambah Fazurina lagi.

Singapura Juara Piala AFF Suzuki Kali Keempat

Posted by admin | | Posted in ,



KUALA LUMPUR: Singapura menamatkan penantian mereka untuk muncul juara buat kali keempat selepas lima tahun dengan menundukkan Thailand 3-2 secara agregat pada aksi final kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand malam Sabtu.

Skuad 'The Lions' sebelum ini mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Thailand pada perlawanan final pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Rabu lepas.

Gol tunggal perlawanan pada malam ini dihasilkan penyerang Thailand, KiratiKeawsombut menerusi tandukan pada minit ke-45, jelas tidak membantu skuad 'Changsuk' (Gajah Perang) itu untuk menghalang 'The Lions' dari mencatat kejuaraan kali keempat selepas muncul pemenang pada 1998, 2004 dan 2007.

Pasukan bimbingan Winfried Schafer ini wajar menyalahkan diri mereka sendiriselepas gagal menyempurnakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol pendahuluanpada separuh masa pertama sehinggalah Kirati membuka tirai jaringan selepasbeliau menanduk masuk hasil sepakan sudut daripada Theerathon Butmathan.

Bersambung pada separuh masa kedua, Singapura mengekalkan corak bertahanyang kental menerusi gandingan dua pemain tinggi lampai Baihakki Khaizan dan Daniel Mark Bennett sehingga menyukarkan jentera serangan Thailand untuk menggandakan jaringan.

Thailand berpeluang untuk menambah gol pada minit ke-65 namun sepakan percuma daripada pemain tengah, Jakkapan Pornsai hanya sedikit melepasi pintu gol pasukan Singapura.

Strategi taktikal Schafer dengan memasukkan dua pemain tengah iaitu Chanathip Songkrasin dan Apipoo Suntornpanavej pada pertengahan separuh masa kedua juga tidak banyak membantu pasukan berkenaan yang kerap kehilangan bola kepada pemain The Lions.

Kekalahan berkenaan menyaksikan hasrat Thailand untuk meraih kejuaraan buatkali keempat tidak kesampaian selepas muncul pemenang pada 1996, 2000 dan 2002.

Skuad Harimau Malaya selaku juara bertahan gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas kalah 1-3 secara agregat kepada Thailand di perlawanan separuh akhir.BERNAMA

Luahan Cinta Zain Saidin Kepada Rozita Bersifat Peribadi

Posted by admin | | Posted in , ,



PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin menyifatkan luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita Rozita Che Wan menerusi laman Instagram pada Jumaat lalu adalah bersifat peribadi dan enggan mengulas panjang mengenai perkara itu.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, paparan wajah Rozita berserta mesej berunsur cinta yang dimuatkan itu bukannya kerana ingin mencari publisiti kosong atau berkongsi kepada umum sebaliknya ia hanya ditujukan kepada wanita itu sahaja.

"Ia bukanlah bertujuan ingin menunjukkan kepada sesiapa pun, sebaliknya foto dan mesej yang dimuatkan itu berunsur peribadi dan ia adalah mesej dari saya untuk dia (Rozita).

"Selebihnya, saya enggan komen lanjut," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Sabtu, dekat sini.






Baru-baru ini, Zain telah memuatkan foto Rozita dengan selitan mesej romantis Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you.. menerusi Instagra .

Tidak lama kemudian pelakon drama Kiah Perkasam itu pula membalas mesej yang hampir serupa dengan Zain.

Beritahu Zain lagi, apa yang dilihat menerusi laman sosial itu juga telah menjelaskan semuanya mengenai erti hubungan yang dijalinkan antara dia dengan Rozita.

Sebelum ini, Zain berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktres Rozita atau mesra disapa Che Ta pada masa akan datang.

Malah adik kepada penyanyi Sasha Saidin itu turut mengakui hatinya sudah lama tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.

Lelaki hina al-Quran dibakar di luar balai polis

Posted by admin | | Posted in , ,



HYDERABAD: Orang ramai menyerbu sebuah balai polis dan membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana menghina al-Quran, kata polis semalam.


Lelaki terbabit dikatakan seorang pengembara bermalam di sebuah masjid di Seeta, wilayah Sindh, malam Khamis lalu.




Keesokan harinya, penduduk kampung itu gempar apabila mendapati al-Quran di masjid berkenaan musnah dibakar. Seorang imam berkata, lelaki terbabit bermalam sendirian di masjid berkenaan. Pegawai Polis Daerah Dadu, Usman Ghani, berkata orang ramai membelasah lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis.


“Beberapa jam kemudian, kira-kira 200 orang menyerbu balai polis yang menahan lelaki itu dan mengheretnya keluar sebelum mereka membakarnya,” katanya.




Menurut Usman, 30 orang ditahan atas kesalahan membunuh, manakala tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki cuai. - Reuters


Anne Ngasri & Sumali Sah Suami Isteri

Posted by admin | Saturday 22 December 2012 | Posted in ,



Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan akhirnya sah bergelar suami isteri. Foto ABDUL RAHMAN EMBONG



PONTIAN: Pelakon Anne Ngasri, 28, dan pasangannya, Mohd Sumali Reduan, 40, akhirnya telah selamat dinikahkan di rumah keluarga pihak lelaki di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Ngasri Sain dengan mas kahwin RM 22.50 pada pukul 11 pagi Sabtu.

Anne yang mengenakan busana rona krim berkata, dia berharap perkahwinan kali kedua itu dapat berkekalan dan berdoa agar cabaran dan dugaan yang bakal diterima boleh diatasi dengan baik.





"Sudah setahun perkenalan kami. Moga-moga perkahwinan ini dapat berkekalan hingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya selepas majlis akad nikah tersebut.

Sumali pula berkata, dia bersyukur kerana memiliki Anne yang mempunyai banyak persamaan karakter dengannya dan paling penting, anak tunggal lelaki itu serta tiga anak Anne serasi untuk hidup bersama.

"Sebenarnya banyak persamaan di antara kami dan saya harap ia dapat mengikat kasih kami sehingga akhir hayat.

"Dalam pada itu, saya juga tidak akan menghalang Anne untuk melakukan aktiviti-aktiviti lakonannya seperti biasa," ujarnya.




Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta lima buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju.

Sumali yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin.

Pada majlis tersebut, lebih 100 tetamu jemputan telah hadir. Mereka turut menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

Pasangan tersebut akan mengadakan majlis persandingan pada hari esok (Ahad) di kediaman pihak lelaki.


Anak-Anak Trauma Kerana Watak Jahat Norish Karman

Posted by admin | | Posted in ,


Norish Karman



PETALING JAYA: Pelakon Norish tidak mahu lagi melakonkan watak antagonis kerana ia meninggalkan kesan trauma kepada anak-anaknya.

Norish atau nama sebenarnya Nor’asikin Karman, 36, berkata, hasrat itu bagi memenuhi permintaan ketiga-tiga anaknya iaitu Muhammad Haqiem Armany, 13, Muhammad Hardy Amieran, 9, dan Putri Hany Amanda, 8, yang tidak menyukai ibu mereka kerap menggalas watak jahat.

“Anak-anak saya tidak suka ibu mereka membawa watak jahat dalam drama televisyen (TV) atau filem yang mereka tonton.

“Mereka kata saya bukan orang yang jahat kerana saya bertenaga, ceria dan kelakar terhadap orang keliling.

“Susah hendak saya jelaskan kepada mereka sehingga terpaksa berbohong kerana mereka sangat trauma,” katanya kepada mStar Online.

Justeru, pelakon filem Kahwin 5 itu berkata, dia berharap pihak penerbit dan pengarah dapat menawarkan watak yang variasi dan berbeza kerana dia berkemampuan untuk menterjemahkan pelbagai karakter.

“Kalau boleh, saya tidak mahu lagi bawa watak antagonis. Masalahnya dengan industri kita, bila seseorang pelakon itu berkesan bawa sesuatu watak, dia akan terus diberikan karakter yang sama berulang-kali.

“Kalau kita tidak ambil, nanti kena gam pula. Peluang untuk melakonkan watak yang variasi sangat terhad,” katanya yang melakonkan watak komedi sebagai Monalisa dalam filem Kahwin 5 itu.

Norish berkata, senario itu terjadi kerana sikap penggiat industri yang tidak terbuka dalam menawarkan peluang lakonan kepada artis tanah air.

“Orang (penggiat industri) tidak terbuka dan mereka letakkan saya di tahap tertentu kononnya pelakon yang ada kelas tersendiri sehingga tidak mahu menawarkan watak-watak berbeza.

“Walhal, saya boleh melakukan apa sahaja watak dan sanggup belajar serta bereksperimen dengan pelbagai watak, cuma peluang itu tiada,” katanya.

Mayat Bayi Rentung Ditemui

Posted by admin | | Posted in , ,



JOHOR BAHRU : Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung 80 peratus.

Pihaknya juga percaya, kanak-kanak malang itu dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik.

Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.

“Mayat itu dipercayai berada di kawasan ini kira-kira 12 jam yang lalu dan perut kanak-kanak terbabit juga didapati terburai,” katanya kepada Kosmo!.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Kosmo

Fauziah Latiff Sangkal Nikah VIP Dalam Diam

Posted by admin | Friday 21 December 2012 | Posted in ,


Fauziah Latiff



PETALING JAYA: Penyanyi Fauziah Latiff menepis khabar angin yang bertiup kencang ketika ini kononnya dia telah berumah tangga dalam diam dengan seorang lelaki berstatus VIP.

Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Jee, 42, berkata, berita itu merupakan gosip semata-mata dan dia sendiri mengakui ada mendengar perkhabaran tersebut.

“Tak betul berita itu. Saya juga ada dengar orang bercerita kononnya saya sudah kahwin. Demi Allah saya tak kahwin lain,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Jee, dia agak terkejut apabila berita berkenaan turut disampaikan oleh sepupunya yang mahukan penjelasan adakah benar dia mengambil langkah berkahwin senyap-senyap.

Bagaimanapun ujar Jee, dia hanya ketawa selepas diberitahu mengenai khabar itu kerana sememangnya ia tidak terjadi.

“Pada dasarnya saya memang pernah terfikir untuk berkahwin lain tetapi buat masa ini saya masih belum bersedia. Saya selesa dengan kehidupan saya untuk membesarkan dua orang anak saya,” katanya.

Jelas ibu kepada Jeffri Joaquim Indot, 14, dan Jeremy Jay Indot, 12, ini, walaupun mungkin ada yang akan menganggap hidupnya sunyi tanpa suami tetapi dia gembira kerana mempunyai kawan-kawan yang dapat mengubat kesepiannya itu.

Selain sibuk menguruskan studio latihan bersama rakannya, Jee juga lebih selesa memberi tumpuan dalam membesarkan anak-anaknya.

Kata Jee, jika bekas suami iaitu Johan Indot banyak memberi penekanan kepada aspek pendidikan kepada dua anaknya itu, dia pula berperanan mengajar mereka mempunyai sifat hormat di antara satu sama lain.

“Anak-anak kita sekarang membesar dalam dunia yang berbeza. Kita tidak boleh nak stres pemikiran mereka dengan banyak benda. Kita perlu memberi pendidikan yang seimbang iaitu dalam konteks dunia moden selain turut menekankan sikap hormat-menghormati,” katanya.

Ditanya mengenai hasratnya untuk aktif dalam dunia lakonan selepas terlibat dengan tiga buah dram sebelum ini iatu Kudrat Iman, Gelora Di Hati Sarah dan terbaru Ke Pintu Bahagia, Jee tidak akan menjadikannya sebagai bidang yang serius.

Walaupun mendapat beberapa tawaran berlakon, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menilai terlebih dahulu skrip yang diberikan supaya ia mempunyai mesej yang baik dan berkaitan berkekeluargaan.

Keluarga Kesal Pelakon Fazurina Kahwin Lari

Posted by admin | | Posted in , ,




Siti Fazurina



PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya.

Sumber terdekat keluarganya mendedahkan, Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir, 30, pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.

"Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

"Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan.

Malah dalam SMS tersebut, individu itu meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.

"Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu.

"Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

"Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki," ujarnya.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana dia mungkin masih mahu merahsiakan majlis itu.

Zahid AF Nikah Bulan Jun 2013

Posted by admin | Thursday 20 December 2012 | Posted in ,



Akhirnya Zahid Baharudin, 32, atau Zahid AF2 selamat melamar kekasih hatinya, Sarah Julifa, 24, dalam majlis merisik yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. Dalam majlis tersebut, Zahid memberi 7 dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak Sarah. 

Menjawab soalan, antara ciri-ciri gadis tersebut yang membuatkan Zahid terpaut adalah kerana beliau pandai memasak dan membuat kek. Tambah zahid, personaliti Sarah yang sekepala dengannya juga membuatkan beliau benar-benar jatuh cinta kali ini. 






"InsyaAllah tahun depan bulan Jun, tapi tarikhnya saya akan beritahu nanti lah, surprise!" ujar Zahid apabila ditanya mengenai tarikh perkahwinannya. 

Untuk info, Zahid sebelum ini hangat digosipkan bakal berkahwin dengan Tengku Mardiana pada tahun ini. Namun kuasa Allah tak siapa yang tahu apabila jodoh Zahid rupa-rupanya seorang gadis yang 8 tahun lebih muda darinya. 

Tahniah dari kami! yey! memang sama cantik sama padan...


Terpengaruh Khabar Angin Kiamat Jumaat Ini Lelaki China Tikam 23 Kanak-Kanak

Posted by admin | | Posted in ,



BEIJING : Pihak polis kelmarin menyiarkan imej yang dirakamkan dari kamera keselamatan mengenai detik-detik seorang lelaki, Min Yongjun mengamuk dengan menikam 23 kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di Kampung Chenpeng, daerah Guangshan, wilayah Henan.

Yongjun, 36, menikam seorang wanita di rumahnya dekat sekolah tersebut sebelum dia bertindak mengamuk dengan mencederakan kanak-kanak itumenggunakan pisau.

Anggota-anggota polis dan guru kemudian berjaya menangkapnya dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut siasatan awal polis, Yongjun melakukan perbuatan tersebut kerana terpengaruh dengan khabar angin bahawa kiamat akan berlaku pada Jumaat ini.

Ekoran kejadian itu, agensi berita Xinhua melaporkan pada Selasa lalu, dua guru besar, dua pegawai polis, seorang pegawai keselamatan dan pegawai pelajaran dipecat.

Kanak-kanak yang cedera itu berusia enam hingga 12 tahun.

Kebanyakan mereka mengalami luka yang serius di kepala dan tangan. – Agensi

Azad Jasmin Gaduh Guna Besi?

Posted by admin | | Posted in , ,



Betulkah dakwaan beberapa laman web mengatakan Azad Jasmin telah dilaporkan bergaduh dengan beberapa oranglelaki dua minggu lepas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Dalam pergaduhan tersebut seorang lelaki didakwa mengalami kecederaan dikepala serta dikenakan lima jahitan dan dua jari kirinya patah sebelum mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Lelaki tersebut juga dikatakan telah membuat laporan polis.

Namun demikian, Azad Jasmin telah membuat satu kenyataan didalam Harian Metro berkaitan kes tersebut. Menurut Azad, beliau hanya mempertahankan diri dari diserang oleh empat orang lelaki.

Beliau juga menafikan memulakan pergaduhan terbabit, sebaliknya beliau terlebih dahulu diserang oleh lelaki tersebut dikepala sehingga mengalami luka. Kejadian berpunca apabila lelaki tersebut melanggar keretanya dari belakang sebelum turun dan mengetuk cermin keretanya.

“Saya hanya mempertahankan diri. Ketika itu saya mahu mengundur kereta selepas membelikan makanan kerana isteri yang sarat mengandung sembilan bulan mengidam makan nasi kandar.

“Bagaimanapun, ketika itulah kereta dinaiki lelaki terbabit melanggar belakangkereta saya dan terus turun mengetuk cermin kereta saya kerana tidak berpuas hati,” katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya turun dari kereta untuk menyelesaikan hal berkenaan tetapi secara tiba-tiba dia dihampiri rakan-rakan lelaki berkenaan yang terus menyerangnya.

“Ketika itu saya diserang hingga terjatuh dan luka dikepala membuatkan saya terpaksa mempertahankan diri dengan mencapai sebatang besi dan menghayunkan ke arah mereka. Saya terpaksa berbuat begitu kerana mereka berempat”, katanya yang terpaksa menerima lima jahitan di kepala akibat serangan tersebut.

Dalam pada itu, Azad dilaporkan turut membuat laporan polis. Azad yang juga suami kepada aktres Eira Syazira ni mengakui mengenali salah seorang daripada lelaki yang menyerangnya.

Budak disamun dalam surau

Posted by admin | | Posted in




SAKIT...Mohd Fairuez menunjukkan mukanya yang lebam.
KUALA LUMPUR: Biarpun berada dalam surau, seorang kanak-kanak lelaki masih menjadi mangsa jenayah apabila dia bukan saja dipukul sebaliknya turut disamun dua lelaki dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Sungai Besi, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohd Fairuez Irwan Shah, 11, bukan saja cedera di kepala sebaliknya kehilangan telefon bimbit yang dihadiahkan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 49, sempena hari lahirnya pada tahun lalu.

Ketika kejadian, Fairuez menunggu di surau berkenaan bagi menunaikan solat Zuhur. Anak kelima daripada enam beradik itu berkata, dia dan ahli keluarganya dididik bapa supaya menunaikan solat di surau atau masjid sejak berumur 10 tahun. Menceritakan semula kejadian itu, Fairuez berkata, dia yang menunggu masuk waktu solat didatangi dua lelaki berusia 20-an.


“Saya kenal seorang saja..lagi seorang saya tidak kenal. Sebaik datang, mereka rampas telefon bimbit saya. Belum sempat berkata apa-apa, lelaki itu menumbuk dan memukul saya.

“Mereka mengarahkan saya supaya pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.


Fairuez berkata, dia memaklumkan kejadian itu kepada abangnya selepas pulang ke rumah manakala bapanya mengetahui kejadian itu selepas pulang dari tempat kerja jam 11 malam.


“Saya dibawa ayah ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, dia kini trauma untuk pergi ke surau atau masjid sendirian.


“Namun, jika ditemani ahli keluarga atau ayah, saya akan pergi,” katanya. Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.




Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.


Chef Riz Secara Rasmi Lepaskan Ana Dahlia Talak Satu

Posted by admin | Wednesday 19 December 2012 | Posted in , ,




Perkahwinan Ana dan Chef Riz gagal dipertahankan apabila mereka membuat keputusan untuk bercerai.



PETALING JAYA: Teka-teki mengenai status pelakon Ana Dahlia dan Chef Riz terjawab apabila kedua-dua mereka bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor dekat sini pada 10 Disember lalu.

Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, mengesahkan perkara itu secara ringkas ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada petang Rabu.

"Benar, kemelut perhubungan kami sudah selesai. Kami telah pun bercerai talak satu secara sah," katanya ringkas kerana sibuk berada di gimnasium.

Keretakan perkahwinan pasangan tersebut mula dihidu pada Oktober lalu selepas Ana dan Riz dikatakan sedang menghadapi masalah rumah tangga walaupun perkahwinan mereka belum menjangkau setahun lagi.

Penceraian itu dikatakan berpunca kerana tiada persefahaman di antara mereka selain perkenalan singkat iaitu selama lapan bulan yang turut menjadi penyebab perpisahan itu.

Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar dan Riz telah diijabkabulkan pada 11 Disember 2011.

Ia adalah perkahwinan kedua buat Ana.

Sementara itu, Ana yang dihubungi pula berkata, dia berasa sedikit sunyi sejak berpisah dengan anak lelaki tukang masak selebriti popular Chef Wan itu.

"Saya berasa sunyi sedikit, mungkin kerana saya tinggal bersendirian. Tetapi kesannya tidaklah teruk mana kerana sebelum ini pun saya tinggal sendiri juga.

"Inilah ketentuan dan takdir Tuhan. Saya terima seadanya dan berharap agar kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, Insya-Allah," tuturnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Kerana Lelaki Itu.

Tambah Ana, walaupun kedua-dua mereka telah bercerai, namun dia tidak pernah menganggap Riz sebagai musuhnya dan masih lagi berkawan seperti biasa.

"Saya tidak pernah memusuhinya, kami kawan seperti biasa. Cuma hubungan kami tidaklah seperti dahulu lagi," ujarnya.

Subhanallah, Al-Quran Ini Tidak Hancur Digilis Jentolak Israel

Posted by admin | | Posted in , ,




Semasa operasi menghancurkan Masjid Al-Mafqara oleh tentera yahudi laknatullah di Hebron pada (4/12/2012), berlaku sebuah kejadian yang menakjubkan.


Al-Quran yang digilis oleh jentolak bersama dengan benda-benda yang lain tidak rosak atau bahkan tidak hancur.


Kitab suci itu masih utuh tanpa ada cacat sekalipun. Padahal semua benda yang berada di dalam masjid hancur.


Ketika berlaku operasi untuk memusnahkan masjid, para penduduk Palestin di wilayah itu bertindak melawan. Teriakan takbir mengema di mana-mana oleh kanak-kanak dan juga orang tua.


Masjid ini sebelum ini pernah dihancurkan pada tahun 2011. Yahudi laknatullah sendiri sudah mengeluarkan perintah merobohkan masjid itu pada tahun 2003.


Pada bulan Jun tahun ini, penduduk kampung dan aktivis antarabangsa cuba untuk membina masjid ini, tetapi dihalang oleh pasukan tentera yahudi zionis laknatullah.


Pemerintah yahudi akan membuat zon latihan ketenteraan di wilayah ini bersama dengan tujuh wilayah lain.
Diterjemahkan sumber dari islampos.com

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter