Headlines

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Posted by admin | Thursday 20 June 2013 | Posted in , ,



Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon Sharizal Jaszle dan tunangnya telah terlerai baru-baru ini... jom baca berita ni...

+++++++++++++++++ 


Pertunangan antara pelakon Sharizal Jaszle dengan pelajar jurusan perubatan Redzwani Puteri, 25, dilaporkan berakhir sejak 10 hari lalu.

Akhbar Berita Harian melaporkan perkara tersebut telah disahkan oleh saudara pihak perempuan bahawa keluarga Redzwani telah memutuskan hubungan tersebut pada 10 Jun lalu.

"Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu nemanya dikaitkan lagi dengan Shah.

"Kami tidak mahu dia dikenali senagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir pada hujung minggu lalu," ujar wanita itu.

Perbincangan tersebut hanya melibatkan ibu bapa kedua-dua belah pihak sahaja tanpa disertai Sharizal dan Redzwani.

Pihak perempuan difahamkan turut memulangkan dua bentuk cincin pertunangan sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember lalu.

Sementara itu, wanita itu turut menolak dakwaan wanita yang merupakan pasangan khalwat Shahrizal mendakwa pertunangan tersebut diaturkan oleh keluarga.

"Perkara ini agak sensitif, kami tidak rasa pertunangan ini berlaku atas paksaan, sebaliknya mereka suka sama suka.

"Jika secara paksaan sudah tentu majlis tidak dilakukan secara besar-besaran," jelasnya.

Terdahulu, pada 16 Mei lalu Shahrizal telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.

Sumber: http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/6/20/mstar_hiburan/20130620104952&sec=mstar_hiburan

Begitupun kita tunggu berita yang sahih dari kedua pihak....papepun doakan yg terbaik untuk mereka..jika bukan jodohnya apa lagi nak di kata....

Farid, Diana timang anak pertama???!

Posted by admin | Sunday 9 June 2013 | Posted in , ,

Tadi terbaca di Sinar..katanya pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle selamat menimang cahaya mata pertama mereka baru-baru ini. Ini beritanya:


PASANGAN selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle selamat menimang cahaya mata pertama mereka baru-baru ini.
Farid Kamil memuat naik gambar bayi lelakinya itu di laman sosial, Instagram kira-kira jam 4 petang ini.
Pada gambar itu, Farid menulis, "welcome to the world my boy."
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 3 November lalu.
Ini gambar baby yang di muatnaik Farid Kamil di laman instagram miliknya..


Ada juga yang mempertikaikannya...betul ke? x cukup bulan ke lahir?
Ramai juga yang ucapkan tahniah tapi admin tertarik dengan beberapa komen  peminat...







Nampak? btw kita tunggu apa respon Farid Kamil..kita tengok apa 'permainannya'...hehe





Pelakon Setia Hujung Nyawa Selamat Diijabkabulkan

Posted by admin | Friday 7 June 2013 | Posted in ,


Tahniah untuk pelakon Amar Asyraf yang popular dengan drama Setia Hujung Nyawa setelah
 selamat di ijabkabulkan dengan gadis pilihan hati Arna Salleh dengan sekali lafaz sebentar tadi.
Majlis pernikahan ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000.
Dipetik menerusi laman Twitternya hari ini, Amar yang popular dalam drama Setia Hujung Nyawa meluahkan rasa gembira setelah sah menjadi seorang suami.
"Walaupun berdebar-debar tadi, tapi dengan sekali nafas , saya kini seorang suami," jelas beliau.
Berdasarkan interaksinya dengan rakan-rakan di Twitter, Amar memberitahu majlis dari pihak lelaki bakal dijalankan pada bulan Ogos nanti.
Sebelum ini, Amar dan Arna mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya sejak Aidilfitri lalu.
Semoga berbahagia ke anak cucu ya!
Kredit: Sinar

Ashraf Muslim Letak Jawatan Di Pusat Rawatan Islam

Posted by admin | | Posted in , ,



Pelakon dan pengamal perubatan Islam iaitu Ashraf Muslim dilaporkan telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah berkuat kuasa 2 Jun lalu.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh pihak pengurusan pusat rawatan tersebut dalam satu entri di laman web rasmi mereka pada Rabu lalu.

Pihak berkenaan turut memaklumkan Ashraf, 32, juga tidak lagi bertindak sebagai pengarah Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah itu dimiliki oleh bapa mertua Ashraf iaitu Lokman Abdul Hamid, 52, dan beroperasi di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Peletakan jawatan Ashraf diumumkan oleh pusat perubatan Al-Hidayan dalam laman web mereka.



"Kami mengucapkan terima kasih ke atas segala sumbangan dan usaha beliau. Ucapan selamat maju jaya kepada beliau di dalam kerjaya di masa hadapan," kata kenyataan itu.

Pada Mei lalu nama Ashraf menjadi perhatian apabila dikatakan telah ke mahkamah Syariah untuk mengambil borang permohonan berpoligami.

Bagaimanapun Ashraf enggan memberi komen tentang hal tersebut tetapi sebuah akhbar melaporkan seorang wanita bernama Sakinah telah mendedahkan bahawa isteri pelakon tersebut iaitu Noor Dayana Lokman, 26, sudi untuk bermadu.

Ashraf telah bernikah dengan Noor Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi.

Kita doakan yang terbaiklah untuk beliau...

Sumber: Mstaronline

Gambar Majlis Perkahwinan Izzue Islam

Posted by admin | Sunday 2 June 2013 | Posted in ,

Akhirnya semua orang dah tau...'sebenarnya Nurinafilah Waharudin lah isteri dia'..isteri kepada pelakon dan penyanyi kacak Muhammadd Izzul Islam Mazlan atau Izzue Islam....

waahh..tahniah admin ucapkan..Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23 dan Nurinafilah atau Awin, 31, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi.

Majlis serba sederhana itu diadakan di Dewan Shah Alam di sini pada Ahad.

Acara sebelum itu dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 150 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima 11 Dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.
Sejurus selepas selesai akad nikah, Izzue yang turut menyambut hari jadinya pada hari ini memberitahu dapat memperisterikan Awin pada hari lahirnya merupakan hadiah paling istimewa.
Semoga berbahagia ke anak cucu ya! 













Sumber gambar: ohbulan dan mstar

Gambar Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus Kali Ke 3

Posted by admin | Sunday 26 May 2013 | Posted in ,



Waaahhhh...dalam diam-diam ustaz yang berjaya mencetus fenomena terutama untuk anak muda telah melangsungkan perkahwinan kali ke-3...ya, hari ini..26 May 2013...

Ustaz ..hebak..hebak...hehe...btw...isteri ke-3 dikatakan berasal dari Pagoh dan kini menetap dari Keramat..

Dikhabarkan, gadis bernama Izyan yang dinikahi Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini adalah anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Tahar iaitu Ketua Cawangan Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak.

Berikut berita tentang perkahwinan tersebut...Ustaz, lagi sorang dah nak sama dengan Salleh Yaacob...hehe

==============================


Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar. “Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas

UAI yang begitu popular di semua peringkat usia turut dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ di samping penyampaiannya yang kreatif dan bersahaja ketika menyampaikan dakwah Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara. Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini. “Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap. “Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi.


Gambar majlis tersebut...








 

 










Papepun, tahniah dari kami...x perlu nak pertikai...dia ada ilmu..dan juga mampu...yang penting doakan Ustaz berbahagia selalu ya!

Bulan madu kat mana Ustaz? hehe..

Gambar sumber: Oh artis dan Sinar

Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) Kembali

Posted by admin | Saturday 25 May 2013 | Posted in ,




Aik? kata dah xde lagi..biar betik? ermm..itulah relitinya...rancangan yang pernah menjadi kegilaan orang ramai sehingga mengalirkan air mata x henti-henti...terjerit-jerit macam histeria..apundi sana..apundi sini... telah kembali!
Jeng..jeng...jeng...


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2013: Rancangan realiti TV paling popular di negara ini, Akademi Fantasia akan kembali semua menemui penonton dengan penjenamaan semula serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) kembali menemui penonton selepas sembilan musim yang penuh gemilang bermula dengan musim pertama pada tahun 2003. Bakal menyaksikan kebangkitan bintang sebenar, AF 2013 akan memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata, "Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehinggalah berakhirnya tirai AF di musim yang kesembilan, kami melihat jenama AF ini sebagai satu platform dominan yang membekalkan pelapis-pelapis seni tanah air kepada industri.
Ianya terbukti masih relevan apabila ramai bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Hafiz, Stacy, Hazama, Akim, Aril, Aizat dan ramai lagi berjaya bertapak dan mencipta nama di dalam setiap cabang seni yang diceburi seperti bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.
Melihat kepada kejayaan demi kejayaan yang diukir oleh bintang-bintang ini, kami percaya AF perlu terus wujud di dalam lanskap hiburan tanah air," jelas Khairul.
"Setelah lebih setahun rancangan ini tidak bersiaran, pihak Astro telah merangka strategi dan format efektif bagi menambah baik program ini yang pastinya menjanjikan kepuasan maksima bagi memenuhi tuntutan penonton yang dahagakan program hiburan yang berkualiti. Menyaksikan perkembangan arus teknologi dan media baru, pihak kami juga pastinya tidak ketinggalan untuk meneroka dan menggunakan kapasiti media baru atau social media untuk sebarang komunikasi dan interaksi kelak.
Kami berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen kami bagi menghasilkan sebuah lagi musim yang pastinya membawakan kebangkitan bintang sebenar menerusi AF 2013. Kami juga yakin dengan pembaharuan yang diperkenalkan ini akan mengembalikan semula zaman kegemilangan program yang menjadi aset kami ini," ujar Khairul.
Menariknya, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi mutu pengisian program agar terus segar serta menepati kehendak para penonton yang dahagakan program-program berkualiti. Untuk musim terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet.
Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.
Program Akademi Fantasi 2013 ini dijadualkan untuk mula bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (104) pada bulan September kelak.
Bagi anda yang mempunyai bakat terpendam serta mempunyai keinginan untuk mencipta di persada seni hiburan, anda boleh hadir di ujibakat tersebut :


NO.
NEGERI
TEMPAT
TARIKH
1.
Johor
Hotel The Zon, Johor Bahru
1 & 2 Jun 2013
2.
Pulau Pinang
Hotel Vistana, Pulau Pinang
8 & 9 Jun 2013
3.
Sarawak
Hotel Merdeka Palace, Kuching
15 & 16 Jun 2013
4.
Sabah
Hotel Promenade, Kota Kinabalu
22 & 23 Jun 2013
5.
Selangor
Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam
29 & 30 Jun 2013


 INFO PENTING 
  Nota:
  1. Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  2. Calon digalakkan datang awal untuk mengelakkan sebarang kesesakan
  3. Calon bebas untuk menyanyikan sebarang genre lagu secaraacapella
Syarat Ujibakat:
  1. Peserta lelaki dan wanita
  2. Peserta individu ataupun duo
  3. Berumur 18 - 35 tahun (pada tarikh ujibakat diadakan)
  4. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan
Sila bawa:
  1. Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia ataupun salinan passport bagi warga Singapura
  2. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang)
Kredit:Murai

Afiq sedia mohon maaf jika ibu tarik kenyataan 'Anak Derhaka'

Posted by admin | Friday 24 May 2013 | Posted in , ,


Afiq bersama ahli keluarga sebelah bapanya.


Geleng kepala baca isu 'anak derhaka' antara pelakon Afiq Muiz dan ibunya...kali ni Afiq buat sidang media di rumah nenek saudaranya bersama ahli keluarga sebelah bapanya...ermm...
harap-harap masalah ni x di bawak ke parlimen la...

Baca ni:

“Kami mohon ibu Afiq menarik balik segala kenyataan yang dikeluarkan mengenai Afiq sebelum ini dan berdamailah dengan Afiq,” begitulah permintaan datuk saudara Afiq, Jalal Abidin, 65, berhubung pertelingkahan di antara Afiq dan ibunya.

Menerusi sidang media khas yang diadakan di kediaman nenek saudara Afiq di Keramat semalam, Jalal berkata, seluruh keluarga di sebelah bapa Afiq, Azman Shah Kadir Ibrahim Shah, berharap tiada lagi adegan ‘serang menyerang’ menerusi media mahu pun laman sosial daripada mana-mana pihak.

“Kesiankanlah Afiq. Kita hidup berkeluarga, turunkan ego masing-masing dan berjumpalah untuk berdamai. Itu jalan yang terbaik.

“Saya juga berharap bapa Afiq dapat membantu dan memainkan peranan untuk menyelesaikan hal keluarga ini, tanpa diketahui oleh orang luar,” ujarnya.

Jalal berkata, sekiranya masalah ini masih menemui jalan buntu, dia berharap pihak persatuan artis seperti Persatuan Seniman Malaysia untuk turut membantu.

“Kalau masih juga tiada jalan damai, kita harap persatuan dapat membantu, kerana ia bukan melibatkan hal keluarga sahaja, tetapi juga soal periuk nasi Afiq yang turut terjejas,” jelasnya.

Harapan Afiq

Dalam pada itu, Afiq memohon agar ibunya dapat menarik balik kenyataan yang dibuat sebelum ini dan dia juga sedia untuk memohon maaf.

Afiq berkata, sejak peristiwa ini berlaku, dia menerima tamparan dan cemuhan dari masyarakat. Selain itu, tawaran lakonan mula terjejas.

“Saya buat semua ini bukan kerana tawaran terjejas, tetapi pandangan orang terhadap saya.

“Jika Umi (ibu) sedia untuk berdamai, saya juga begitu,” ujarnya yang masih kelihatan bersedih atas masalah yang dihadapinya kini.

P/s: Baik buruk ibu kita pun..tanpa dia x lahir kita di dunia ni...harap masalah ni dapat di selesaikan dengan cara baik..malu dek orang tengok...


Shahrizal Jaszle Mungkin Diperangkap - Miera Leyana

Posted by admin | Thursday 23 May 2013 | Posted in , ,



Pelakon Miera Leyana berharap kejadian ditangkap khalwat yang menimpa bekas kekasihnya pelakon Shahrizal Jaszle menjadi satu pengajaran buat pelakon tersebut.

Miera, 20, berkata, Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shah dapat berhadapan dengan perkara tersebut dengan tabah.

"Saya terkejut dan ingat perkara tersebut hanya gurauan apabila diberitahu oleh salah seorang pelakon, tapi apablia terbaca di internet baru saya percaya.

"Bagi saya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya harap dia mengambilnya sebagai satu pengajaran buatnya," ujarnya.

Miera berkata demikian ketika diminta mengulas tentang bekas kekasihnya Shahrizal jaszle, 25, yang ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor di sebuah unit apartment Taman Sri Subang, Khamis lalu.

Kata Miera, sebagai kawan dia bersimpati dengan kejadian tersebut yang sedikit sebanyak menjejaskan nama Shah sebagai pelakon.

"Kesian dekat dia juga sebab mungkin kejadian sebenar kita tidak tahu dan mungkin juga dia diperangkap.

"Saya harap dia dapat hadapi dengan tabah," katanya.

Tambahnya, sejak putus cinta dengan pelakon Cinta Bertaut Di Abu Dhabi itu, dia jarang berhubung antara satu sama lain.

"Kami tidak berhubung lagi lepas putus, hubungan pun hanya sebagai rakan artis sahaja.

"Masing-masing buat hal sendiri dan ini kali pertama saya baca berita tentang dia selepas berpisah," katanya.

Saiful Apek diarah bela diri

Posted by admin | | Posted in , ,



Pelakon dan pelawak Saiful Apek yang sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah kanabis ke dalam badan bersama tiga pekerjanya pada tahun lalu diperintahkan membela diri terhadap tuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Majistret di sini pada 25 Jun 2012.

Abdul Alim dalam penghakimannya berkata, Mahkamah Majistret terkhilaf ketika membuat keputusan terhadap Saiful Apek dan tiga rakannya kerana beliau tidak nampak ada kelompangan dalam kes pendakwaan.

"Oleh itu, mahkamah mengetepikan semua perintah yang dibuat oleh majistret sebelum ini dan mahkamah perlu mendengar kes tersebut," katanya.

Selain Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, turut diarah membela diri ialah Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 29, Shaiful Baharom, 25, dan Noremy Mohamad, 29. Mahkamah menetapkan keempat-empat tertuduh itu membela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 27 Mei ini.

Mereka berempat didakwa menggambil dadah kanabis di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam 12 Jun 2010.

Dakwaan terhadap keempat-empat tertuduh dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid ketika membebaskan kesemua tertuduh sebelum ini telah mengemukakan lima elemen utama berhubung penghakiman beliau.

Sumber: Kosmo

Kes Bunuh Jutawan Kosmetik: Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati

Posted by admin | | Posted in ,



Admin percaya, ramai yang mengikuti kes ni dan x sabar menunggu apa hukuman ke atas penjenayah kejam ini...dan ianya terungkai hari ini...


SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya  dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.
   
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.
 
Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
 
Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.


-Sinarharian-

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

mediasantai

Follow kami di twitter