Headlines
  • Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

20 Jun 2013 / 0 Comments

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon Sharizal Jaszle dan tunangnya telah terlerai baru-baru ini... jom baca berita ni... +++++++++++++++++  Pertunangan antara pelakon Sharizal Jaszle dengan pelajar jurusan perubata

Read More...

Terkini
Hot

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon ...

Farid, Diana timang anak pertama???!

Tadi terbaca di Sinar..katanya pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle selamat menimang cahaya ...

Informasi

Akibat Biar Anak Atas Motor Sambil Enjin Masih Hidup!

ADUH! Inilah akibatnya... memang kadang2 ada parents yang x matikan enjin motor dan biar je anak atas moto...

Uji Kepintaran Kaki Kanan Anda!

Geng, Meh cuba uji kaki kanan korang, hebat x hebat...pintar x pintar....dahsyat x dahsyat...   ...

Seram
Sukan

Khoo: FAM bakal hilang ramai 'kawan'

KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan melarang a...

Pelik

Payudara Wanita Ini Terkoyak!

Pedoman untuk mereka yang x puas hati dengan apa yang Allah beri...dah molek2 nak tambah itu ini... hidung p...

Subhanallah! Masjid Kobe Masih Bertahan Dari Bom Atom dan Gempa!

Ingat lagi tentang kejadian Tsunami di Acheh suatu ketika dahulu? Satu gelombang Tsunami telah memusnahk...

Bayi mahu dikebumikan tiba-tiba menangis

SAO PAOLO - Seorang bayi perempuan yang dikatakan sudah meninggal dunia dan hendak dikebumikankan ...

Santai

Bukti Aksi Wheelie dan 'Wikang' Dah Ada Sejak Dulu

BUKTI. Gambar ni memang 'rare' Ini zaman bapak2 admin kot.  Haha... Sekarang admin dah faham dari...

Ada Sesuatu Yang Menyeramkan Di Sebalik Gambar Ini.

Beb, tengok betul2 gambar ni..ada sesuatu yang x kena.. menyeramkan pun ia gak... V V V V...

Teknik Elak Penat Beratur

Servis lambat? Penat beratur? Gunalah teknik ni,'cop' tempat guna selipar. Amacam? Tapi kena ingat selipar ...

Fakta

16 Fakta Menarik Tentang Bayi

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan. 2. Bayi tiada ...

Hiburan

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon ...

Santai
Iktibar
Hot
Published On:Saturday, 29 December 2012
Posted by admin

Pelajar tingkatan empat ditemui mati tergantung



Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.


GUA MUSANG - “Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu.” kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, yang mati tergantung, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.

Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.

Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah.

“Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.

“Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik,” katanya.

Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.

“Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu,” katanya.

Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.

“Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi-Sinar

Alfatihah.

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 12:12. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 12:12. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter