Published On:Wednesday, 2 January 2013
Posted by admin
Johan Raja Lawak selamat dibedah
JUMAAT lepas telah berlangsungnya program lawak terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 bagi minggu ke-7. Dilihat pada minggu tersebut, reaksi Johan Raja Lawak yang seperti menahan kesakitan di kaki.
Menerusi mikro sosial Twitter milik Johan, isterinya Ozlyn Wati mengemaskini status yang menyatakan suaminya telahpun menjalani satu pembedahan pada bahagian lutut yang mana ligament Johan dikatakan terkoyak.
Difahamkan, kecederaan yang dialami pelawak berumur 28 tahun itu adalah berpunca selepas dia bermain futsal pada malam sebelum MLM 2012 tesebut berlangsung.
Ini dapat dilihat semasa berlangusngnya program Maharaja Lawak Megaminggu kw 7, ketika kumpulan Jozan membuat persembahan, Johan dilihat berjalan sedikit terhincut-hincut menahan kesakitan akibat kecederaan lukanya itu.
Namun peminatnuya tidak perlu gusar lagi, menurut isterinya Johan kini selesai dibedah dengan selamat, kini sedang berehat di hospital.
Berikut ada beberapa keping gambar yang diambil dari Instagram Johan dan isterinya.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================