Published On:Wednesday, 21 November 2012
Posted by admin
Khairul Fahmi Che Mat Umum Nikah 28 Disember 2012
Sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bersama gadis pilihan hatinya Leuniey natasha telah berlangsung pada tengah hari ini di Hotel Royale Bintang, Damansara.
Apek, yang tidak beraksi pada perlawanan persahabatan bertemu Bangladesh malam tadi dengan sukacitanya mengumumkan yang beliau akan bernikah pada tarikh pada 28 Disember 2012. Upacara akad nikah Apek, 23, dan Leuniey, 22, bakal berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada pukul 9 pagi.
Pasangan tersebut turut memilih13 Januari 2013 untuk mengadakan majlis resepsi ketiga di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara di sini.
Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember depan dengan konsep Melayu kontemporari.
Manakala resepsi sebelah Apek pula akan berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.
Walaupun sidang media itu agak sikit lewat kerana Khairul Fahmi dikatakan terpaksa menghadiri satu pertemuan tergempar dengan Jurulatih Pasukan Kebangsaan, K. Rajagopal mengenai perlawanan Ahad ini, ia tetap di tunggu dengan sabar oleh wartawan dan para peminatnya...
Untuk makluman, majlis perkahwinan Apex ini telah diberikan kepada sebuah stesen televisyen swasta tempatan dan dua buah stesen radio swasta.
Majlis nikah dan resepsi Apek di jangka akan disiarkan di Astro Ria, pada Januari nanti.
Apapun, tahniah dari kami..ini adalah langkah yang terpuji...yelah...kalau bercinta lama2 pun x elok..lagi2 dua2 terkenal...
Semoga berbahagia kedua2 pasangan ni yang sama cantik sama padan...
Dan yang penting, terus sukses menjaga gawang negara!
Erk, bersanding atas padang bola ke?hehe...
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================















