Headlines
  • Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

20 Jun 2013 / 0 Comments

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon Sharizal Jaszle dan tunangnya telah terlerai baru-baru ini... jom baca berita ni... +++++++++++++++++  Pertunangan antara pelakon Sharizal Jaszle dengan pelajar jurusan perubata

Read More...

Terkini
Hot

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon ...

Farid, Diana timang anak pertama???!

Tadi terbaca di Sinar..katanya pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle selamat menimang cahaya ...

Informasi

Akibat Biar Anak Atas Motor Sambil Enjin Masih Hidup!

ADUH! Inilah akibatnya... memang kadang2 ada parents yang x matikan enjin motor dan biar je anak atas moto...

Uji Kepintaran Kaki Kanan Anda!

Geng, Meh cuba uji kaki kanan korang, hebat x hebat...pintar x pintar....dahsyat x dahsyat...   ...

Seram
Sukan

Khoo: FAM bakal hilang ramai 'kawan'

KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan melarang a...

Pelik

Payudara Wanita Ini Terkoyak!

Pedoman untuk mereka yang x puas hati dengan apa yang Allah beri...dah molek2 nak tambah itu ini... hidung p...

Subhanallah! Masjid Kobe Masih Bertahan Dari Bom Atom dan Gempa!

Ingat lagi tentang kejadian Tsunami di Acheh suatu ketika dahulu? Satu gelombang Tsunami telah memusnahk...

Bayi mahu dikebumikan tiba-tiba menangis

SAO PAOLO - Seorang bayi perempuan yang dikatakan sudah meninggal dunia dan hendak dikebumikankan ...

Santai

Bukti Aksi Wheelie dan 'Wikang' Dah Ada Sejak Dulu

BUKTI. Gambar ni memang 'rare' Ini zaman bapak2 admin kot.  Haha... Sekarang admin dah faham dari...

Ada Sesuatu Yang Menyeramkan Di Sebalik Gambar Ini.

Beb, tengok betul2 gambar ni..ada sesuatu yang x kena.. menyeramkan pun ia gak... V V V V...

Teknik Elak Penat Beratur

Servis lambat? Penat beratur? Gunalah teknik ni,'cop' tempat guna selipar. Amacam? Tapi kena ingat selipar ...

Fakta

16 Fakta Menarik Tentang Bayi

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan. 2. Bayi tiada ...

Hiburan

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon ...

Santai
Iktibar
Hot
Published On:Wednesday, 21 November 2012
Posted by admin

Api misteri bakar rumah pusaka



PEKAN - Kejadian api kecil yang muncul secara tiba-tiba di beberapa bahagian dalam rumah akhirnya berakhir dengan tragedi kebakaran yang menghanguskan seluruh rumah pusaka sepasang warga emas, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.10 petang Rabu lalu, bagaimanapun Abd Hamid Muda, 77, dan isteri, Rafiah Endut, 72, yang uzur berjaya diselamatkan anak-anak mereka yang kebetulan berada di rumah.

Anak ketiga pasangan warga emas itu, Umi Suraya, 37, berkata, pada hari kejadian, semua ahli keluarganya, termasuk abang dan adiknya yang tinggal di luar daerah pulang berkumpul di rumah ibu bapa mereka memandangkan keesokan harinya adalah cuti umum sempena Maal Hijrah.

Menurutnya, ketika kejadian, mereka sedang menikmati hidangan tengah hari sebelum empat ahli keluarga lelaki keluar memancing.

โ€œKetika itu saya sedang menyiapkan juadah untuk ahli keluarga, namun dikejutkan dengan bau asap dan api marak yang datang dari tingkat atas.

โ€œSaya sempat lihat katil dua tingkat di dalam rumah terbakar lalu menjerit minta semua ahli keluarga keluar menyelamatkan diri termasuk membawa kedua ibu bapa kami,โ€ katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Umi Suraya berkata, api merebak terlalu cepat menghalang dia dan ahli keluarga lain membawa keluar dokumen serta barangan berharga.

โ€œKami sekeluarga hanya dapat melihat api marak dan segala barang penting hangus begitu sahaja.

โ€œWalaupun sedih kerana tinggal sehelai sepinggang, namun kami bersyukur kerana apa yang penting ibu dan ayah serta ahli keluarga lain selamat,โ€ katanya.

Api muncul tiba-tiba

Di sebalik tragedi yang menimpa keluarga itu, mereka sempat berkongsi pengalaman aneh yang dialami iaitu kemunculan api misteri di beberapa bahagian dalam rumah berusia lebih 100 tahun itu.

Umi Suraya berkata, dia sekeluarga mula โ€˜digangguโ€™ kemunculan api misteri pada hari ketiga umat Islam menyambut Aidilfitri dan ia berulang sehingga menyebabkan mereka terpaksa berjaga-jaga bagi mengelakkan kebakaran lebih besar.

โ€œKami dapat lihat api membakar di bahagian bucu tilam, malah kain di dalam almari juga turut terbakar secara tiba-tiba dan api muncul tanpa disedari.

โ€œApi berkenaan muncul dan membakar tempat yang sama dan jika kami membuang tilam yang digunakan, api tersebut akan muncul di tempat lain pula,โ€ katanya.

Abang sulungnya, Abdul Ghani, 47, turut menyokong dakwaan Umi Suraya mengenai kehadiran api misteri itu dan tidak menyangka kejadian aneh terbabit berakhir dengan tragedi yang menyebabkan seluruh rumahnya hangus.

Katanya, keluarganya ada memanggil ustaz untuk melihat keadaan rumah dan meminta nasihat mengenai kejadian aneh itu.

โ€œAda yang memberitahu perkaitan yang menyebabkan kejadian itu, namun kami sekeluarga terus bersabar selain melakukan persediaan seperti meletakkan sebaldi air di dalam setiap bilik.

โ€œKami sebelum ini dapat memadam kebakaran kecil akibat kemunculan api tersebut, namun kebakaran Rabu lalu tidak dapat diatasi berikutan api terlalu besar sehingga memusnahkan rumah peninggalan nenek moyang kami,โ€ katanya yang mengakui mengalami kerugian kira-kira RM200,000.

Abdul Ghani berkata, mereka sekeluarga reda dengan musibah itu walaupun kehilangan punca pendapatan berikutan rumah terbabit turut dijadikan sebagai pusat menenun yang diusahakan keluarganya di bawah Industri Tenun Diraja Pahang, Kampung Pulau Keladi.

โ€œSemua hasil tenun yang dimiliki, selain tempahan kain tenun yang disiapkan untuk pelanggan termasuk peralatan membuat tenunan Pahang yang diusahakan sejak berpuluh tahun lalu hangus.

โ€œKami sekeluarga kini menumpang teduh di Balai Raya Kampung Pulau Keladi dan terpaksa memulakan kehidupan dari mula selepas semuanya musnah,โ€ katanya.

PAKP hulur bantuan

Kejadian yang menimpa keluarga berkenaan mendapat perhatian beberapa pihak termasuk Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) kawasan Pekan yang hadir menghulurkan sumbangan.

Presidennya, Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, tragedi yang menimpa keluarga itu perlu diberi perhatian dan bantuan sewajarnya supaya mereka boleh memulakan kehidupan baru.

Menurutnya, pihaknya terpanggil membantu keluarga terbabit melalui sumbangan termasuk barangan keperluan.

โ€œSaya berharap keluarga ini tabah menjalani ujian ALLAH SWT, selain tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan, tambahan ibu bapa mereka semakin uzur dan memerlukan perhatian," katanya sewaktu melawat mangsa.

Turut hadir melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa, Timbalan Pertubuhan Perintis Anak Watan Pahang (PPAWP), Datuk Zuhairi Ab Kadir.

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 13:16. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 13:16. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter