Published On:Saturday, 7 May 2011
Posted by admin
KEJUJURAN DI SEBALIK PEMBOHONGAN LELAKI...!!!
Salam...
Ramai perempuan yang menganggap lelaki zaman sekarang susah nak di percayai.... katanya lelaki zaman sekarang suka menipu...susah nak jumpa yang jujur.....
tahukah korang sang lelaki ada sebab untuk menipu??
percaya x korang yang lelaki menipu tapi sebenarnya dia jujur.....
aku gelarkan "KEJUJURAN DALAM PENIPUAN"
akaka..x caya baca cerita di bawah ni...
aku seorang lelaki yang jujur dan baik~tangan di dada,mata ke atas~
Untuk orang Perempuan...
jangan terburu-buru berburuk sangka jika boypren atau suami korang berbohong
Begini Ceritanya :
Suatu hari, ketika sedang menebang pohon, seorang penebang kayu kehilangan kapaknya sebab jatuh ke sungai. Lalu dia menangis.. x semena-mena muncul jin yang amat besar dan bertanya kepada si penebang kayu..
"Mengapa kamu menangis?"
Si penebang kayu sambil teresak menceritakan bahawa kapak sebagai satu-satunya sumber pendapatan telah jatuh kesungai. Lalu Jin itu menghilang dan muncul kembali membawa kapak emas.
"Apakah ini kapakmu?" "Bukan, Jin "
Lalu Jin muncul kembali membawa kapak perak.
"Apakah ini kapakmu?" "Bukan, Jin "
Lalu Jin mengeluarkan sebuah kapak yang buruk dengan pegangan kayu dan mata besi
"Apakah ini kapakmu?" "Ya, jin, benar ini kapak saya" "Kamu orang jujur, oleh
itu Aku akan memberikan ketiga kapak ini untukmu sebagai upah kejujuranmu"
Lelaki itu sangat bersyukur dan pulang dengan gembira. Beberapa hari kemudian ketika sedang menyeberang sungai, isterinya terjatuh dan hanyut. Lagi, si penebang kayu menangis . Kemudian jin muncul sekali lagi.
"Mengapa kamu menangis?" "Isteri saya satu-satunya yang sangat saya cintai terjatuh ke sungai, jin"
Lalu jin menghilang kedalam sungai dan muncul kembali dengan membawa Jennifer Lopez
"Apakah ini isterimu?" "Ya, jin"
Lalu jin marah dan berkata
"Kamu berbohong, kemana perginya kejujuranmu?"
Lelaki itu dengan takut dan gementar berkata,
"jin, seandainya saya menjawab tidak, jin akan kembali dengan membawa Britney Spears, dan jika saat itu saya juga menjawab tidak, jin akan kembali membawa isteri saya yang asli, dan jika ketika itu saya menjawab ya, jin akan memberikan ketiganya untuk menjadi isteri saya. Saya ini orang miskin jin, tidak mungkin saya boleh membahagiakan tiga orang isteri..."
nampak x?nampak x?
akakaka.....
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
















tak boleh bla! hahhahhaha. suka suka.
hahahaha...suka suka..
nak copy entry nii boleh abang bard???hehe