Published On:Monday, 9 May 2011
Posted by admin
HARGA GULA NAIK 20 SEN MULAI SELASA!! YAHOOO!!!
ya..berita yang sungguh menggembirakan untuk rakyat Malaysia....selamat menikmati teh o kosong,kopi o kosong dan air suam...bagussss untuk kesihatan kan???terima kasih kerajaan Malaysia yang prihatin dengan masalah kesihatan sehingga menaikkan harga gula!
inilah kerajaan yang sangat prihatin dengan nasib rakyat!
~tangan di dada mata ke atas~
Harga Gula Naik 20 Sen Mulai Selasa.
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai Selasa.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi pada Isnin.
"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalamhal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perluditurunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
Mohd Zain berkata sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.
Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya.
Beliau berkata langkah kerajaan menetapkan harga runcit gula baru itu dibuat lebih awal iaitu sehari selepas keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi ialah bagimengelak timbulnya ketirisan, tindakan menyorok bekalan itu serta "pembelianpanik" oleh pengguna.
Mohd Zain berkata pengguna juga perlu melihat secara positif berikutan kenaikan harga gula itu kerana ia boleh mengelak orang ramai daripada menggunakan gula dalam kuantiti yang banyak, sekaligus dapat menghindarkan mereka daripada penyakit.
Beliau berkata kebanyakan gula yang berada di pasaran negara diimport dari Australia dan Brazil.- BERNAMA
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
















minum air jarang la bagus. air manis tak menghilangkan dahaga.. :-)
yeke..? aduh,naik lagi..macam manala orang yg berniaga berasaskan gula ni...mesti harga kueh mueh jadi lagi tinggi kan? dulu boleh dapat kueh 5 biji RM1, skrg bila naik gula,mau jadi 2 biji RM 1...
lepas ni apa lak naik lps ron97, ni gula lak dah.. haih..
@blog-tips-kurus hehe..slmt mncuba ya..
@fiezah91 naik angin! haha...
@BroZooL tau xpe..mmm..malaysia tanah airku...