Headlines
Published On:Monday, 1 November 2010
Posted by admin

DI TANGKAP BERMAIN GITAR.


Remaja biadab asyik petik gitar ketika azan

SUNGAI UDANG – Tindakan biadab tiga remaja dipercayai penagih memetik gitar di belakang masjid tanpa menghiraukan azan Asar yang berkumandang membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa. 

Remaja terbabit, dua daripadanya pelajar dipercayai berada di lokasi terbabit untuk menunggu bekalan dadah daripada pembekal. 

Bagaimanapun, tindakan mereka yang berselindung di sebalik tempat suci itu bersama seorang lagi rakannya, dipercayai dalang aktiviti menjual dadah berjaya dihidu Polis Narkotik sebelum kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut. 

Kedua-dua remaja berkenaan masing-masing berumur 14 dan 15 tahun yang asyik bermain gitar itu dikatakan turut menunjukkan perilaku biadab dan kurang sopan apabila ditanya anggota polis yang menyoalnya. 

Mereka kemudiannya dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk disoal siasat dan dilepaskan selepas diambil keterangan serta diberi kaunseling. 

Bagaimanapun, seorang rakannya yang berumur 19 itu disahkan positif dadah jenis Methampethamine selepas menjalani ujian saringan air kencing. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terhadap tiga remaja oleh Polis Narkotik itu.


Sumber: Sinar Harian

Tak salah nak main gitar,tapi agak-agaklah,dahla ko memekak kat masjid,time azan asar ko boleh layan lagu pulak.NYANYI PULAK LAGU SEPOHON KAYU!!! ekekeke..pastu ko tunggu pulak stok dadah..adoiii...memang elok la kena tangkap...haa..nyanyi la puas-puas kat dalam lokap tu...! 



Image Hosted by ImageShack.us

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 14:31. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 14:31. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

9 comments for "DI TANGKAP BERMAIN GITAR."

  1. huh , biadap btol budak2 tu !hehe

  2. tau xpe,denda suh jadi imam bru tau..ekeke

  3. elok kene sambar dek petir jek..baru padan muke

  4. fauziani,,orang gila pn x buat cmni..
    mama, hahaha..sikit pnyer mrh ni..

  5. nak karok pi karaoke box la

  6. masa azan boleh pulak nyanyi. haisss

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter