Published On:Monday, 1 November 2010
Posted by admin
DI TANGKAP BERMAIN GITAR.
Remaja biadab asyik petik gitar ketika azan
| SUNGAI UDANG – Tindakan biadab tiga remaja dipercayai penagih memetik gitar di belakang masjid tanpa menghiraukan azan Asar yang berkumandang membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa. Remaja terbabit, dua daripadanya pelajar dipercayai berada di lokasi terbabit untuk menunggu bekalan dadah daripada pembekal. Bagaimanapun, tindakan mereka yang berselindung di sebalik tempat suci itu bersama seorang lagi rakannya, dipercayai dalang aktiviti menjual dadah berjaya dihidu Polis Narkotik sebelum kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut. Kedua-dua remaja berkenaan masing-masing berumur 14 dan 15 tahun yang asyik bermain gitar itu dikatakan turut menunjukkan perilaku biadab dan kurang sopan apabila ditanya anggota polis yang menyoalnya. Mereka kemudiannya dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk disoal siasat dan dilepaskan selepas diambil keterangan serta diberi kaunseling. Bagaimanapun, seorang rakannya yang berumur 19 itu disahkan positif dadah jenis Methampethamine selepas menjalani ujian saringan air kencing. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terhadap tiga remaja oleh Polis Narkotik itu. |
Sumber: Sinar Harian
Tak salah nak main gitar,tapi agak-agaklah,dahla ko memekak kat masjid,time azan asar ko boleh layan lagu pulak.NYANYI PULAK LAGU SEPOHON KAYU!!! ekekeke..pastu ko tunggu pulak stok dadah..adoiii...memang elok la kena tangkap...haa..nyanyi la puas-puas kat dalam lokap tu...!
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
















huh , biadap btol budak2 tu !hehe
tau xpe,denda suh jadi imam bru tau..ekeke
Kerja GILA..
elok kene sambar dek petir jek..baru padan muke
fauziani,,orang gila pn x buat cmni..
mama, hahaha..sikit pnyer mrh ni..
nak karok pi karaoke box la
masa azan boleh pulak nyanyi. haisss
padan muka..kuang ajaq.
farah: tu la kan.. haha