Headlines
  • Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

20 Jun 2013 / 0 Comments

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon Sharizal Jaszle dan tunangnya telah terlerai baru-baru ini... jom baca berita ni... +++++++++++++++++  Pertunangan antara pelakon Sharizal Jaszle dengan pelajar jurusan perubata

Read More...

Terkini
Hot

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon ...

Farid, Diana timang anak pertama???!

Tadi terbaca di Sinar..katanya pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle selamat menimang cahaya ...

Informasi

Akibat Biar Anak Atas Motor Sambil Enjin Masih Hidup!

ADUH! Inilah akibatnya... memang kadang2 ada parents yang x matikan enjin motor dan biar je anak atas moto...

Uji Kepintaran Kaki Kanan Anda!

Geng, Meh cuba uji kaki kanan korang, hebat x hebat...pintar x pintar....dahsyat x dahsyat...   ...

Seram
Sukan

Khoo: FAM bakal hilang ramai 'kawan'

KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan melarang a...

Pelik

Payudara Wanita Ini Terkoyak!

Pedoman untuk mereka yang x puas hati dengan apa yang Allah beri...dah molek2 nak tambah itu ini... hidung p...

Subhanallah! Masjid Kobe Masih Bertahan Dari Bom Atom dan Gempa!

Ingat lagi tentang kejadian Tsunami di Acheh suatu ketika dahulu? Satu gelombang Tsunami telah memusnahk...

Bayi mahu dikebumikan tiba-tiba menangis

SAO PAOLO - Seorang bayi perempuan yang dikatakan sudah meninggal dunia dan hendak dikebumikankan ...

Santai

Bukti Aksi Wheelie dan 'Wikang' Dah Ada Sejak Dulu

BUKTI. Gambar ni memang 'rare' Ini zaman bapak2 admin kot.  Haha... Sekarang admin dah faham dari...

Ada Sesuatu Yang Menyeramkan Di Sebalik Gambar Ini.

Beb, tengok betul2 gambar ni..ada sesuatu yang x kena.. menyeramkan pun ia gak... V V V V...

Teknik Elak Penat Beratur

Servis lambat? Penat beratur? Gunalah teknik ni,'cop' tempat guna selipar. Amacam? Tapi kena ingat selipar ...

Fakta

16 Fakta Menarik Tentang Bayi

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan. 2. Bayi tiada ...

Hiburan

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon ...

Santai
Iktibar
Hot
Published On:Monday, 4 March 2013
Posted by admin

Kakak L/Kpl Azrul: 'Dia insan terpilih, jadi kami reda'



Allahyarham Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau, Sabah adalah antara dua pegawai dan empat anggota polis yang terkorban. - Foto Bernama


KLANG - "Dulu mak minta Ayun ubah suai rumah sebab nanti senang bila mak meninggal dunia, tetapi tidak sangka Ayun pula yang akan rasmikan dulu," kata Azrian Tukiran, kakak sulung L/Kpl Mohd Azrul, 27, yang terkorban dalam kejadian serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lepas.

Azrian, 36, berkata ibu mereka, Sadiah Mohd Amin, 58, sebelum ini meminta arwah mengubah suai rumah mereka di Jalan Telok Kapas, Kampung Rantau Panjang di sini supaya lebih selesa untuk urusan pengebumian apabila ibu mereka meninggal dunia, sebaliknya pengebumian Mohd Azrul pula yang akan diurus di situ.

"Setiap kali arwah pulang bercuti, saya dan suami akan ambil dan menghantarnya ke lapangan terbang. Disember lepas adalah kali terakhir kami menghantarnya, dan dia tidak akan balik lagi selepas ini. Dia insan terpilih, jadi kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya yang gagal menahan tangisan.

Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap anggota kumpulan bersenjata di perkampungan air itu pada 8 malam.

Azrian berkata, berita kematian adiknya itu diketahui apabila menerima panggilan telefon daripada teman wanita Mohd Azrul dikenali sebagai Amira, yang bertugas sebagai jururawat di Tawau, petang semalam.

"Amira dalam keadaan menangis beritahu Ayun dah tiada, dan saya kemudian terus hubungi Bukit Aman untuk sahkan, tetapi mereka tidak berani sahkan. Saya kemudian minta nombor telefon rakan serumah Ayun, tetapi rakan serumah dia tidak jawab telefon.

"Dia kemudian hantar SMS 'memang Azrul kak, saya yang angkat jenazah dia dan sekarang dalam perjalanan dari hospital Semporna ke Hospital Tawau'," katanya ketika ditemui di rumah mereka.

Azrian berkata, beliau mendapat berita kematian adiknya secara rasmi pada kira-kira 9.30 malam tadi melalui seorang anggota polis yang ke rumah mereka.

Katanya, kali terakhir Mohd Azrul menelefon bapa mereka ialah pada Jumaat lepas memaklumkan beliau akan menyertai operasi di Semporna dan memberitahu bahawa dia tidak akan dapat menghubungi semula kerana perlu mematikan telefon bimbit sepanjang operasi.

Beliau berkata, apabila mendapat maklumat melalui laman sosial Facebook milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa ada anggota polis terbunuh di Semporna, keluarganya tidak senang duduk dan bimbang memikirkan nasib arwah sehinggalah menerima berita kematiannya semalam.

"Arwah memang minat jadi anggota pasukan keselamatan lebih-lebih lagi bapanya, Tukiran Ahmad, 65, seorang bekas askar. Selepas menamatkan latihan di Pulapol (Pusat Latihan Polis), Allahyarham ditugaskan ke Semporna pada 2006," katanya. 

Azrian berkata Mohd Azrul, yang merupakan anak keenam dari tujuh beradik, memang rapat dengan semua adik beradik serta enam anak saudaranya.

"Bila dia balik rumah, semua akan berkumpul. Dia sepatutnya pulang Jun ini sempena kenduri akikah anak saya. Arwah adalah adik yang nakal, rajin serta anak yang baik. Selepas ini, kami semua pasti akan merinduinya," katanya.

Adik Mohd Azrul, Nuur Ain, 25, berkata, bapa mereka ada berpesan ketika arwah menghubunginya Jumaat lepas supaya menjaga diri, berhati-hati dan tidak tinggal solat.

"Abang juga cakap jangan risau, operasi yang disertainya memang normal dan apa-apa hal dia akan telefon semula sebab dia kena matikan telefon bimbit. Bagaimanapun,
selepas itu dia tidak hubungi semula kami," katanya sambil menambah arwah merancang menamatkan zaman bujangnya dengan Amira hujung tahun ini.

Abang ipar Mohd Azrul, Musa Abdullah, 35, pula menyifatkan arwah sebagai penyeri keluarga dengan sikapnya yang ceria, kuat berlawak dan 'loyar buruk'.

Sementara itu, usaha menemu bual ibu Mohd Azrul gagal kerana beliau enggan ditemui pemberita manakala Tukiran kelihatan tenang menyambut kedatangan tetamu yang menziarahi mereka sekeluarga, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sementa Datuk Abdul Rahman Palil. - Bernama

P/s; Harimau mati meninggalkan belang, Perwira/manusia mati meninggalkan nama....
Al-fatihah...

 

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 18:56. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 18:56. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter