Headlines
Published On:Saturday 23 March 2013
Posted by admin

Adi Putra Cadang Tambah Seorang Lagi Anak Angkat


Adi Putra, isteri dan Zara Adelia

Pelakon Adi Putra tidak menolak kemungkinan akan mengambil seorang lagi anak angkat pada masa hadapan selepas kehadiran Zara Adelia dalam rumah tangganya sejak lima bulan lalu.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, walaupun masih mengharap untuk mempunyai anak sendiri namun mempunyai anak angkat adalah salah satu usaha untuk membina keluarga bahagia.

"Sebagai manusia kita tidak boleh mengharap kepada sesuatu perkara sahaja kerana terdapat pelbagai cara dan usaha boleh digunakan.

"Kemungkinan untuk mengambil seorang lagi anak angkat itu ada, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online.

Adi dan isterinya, Zuhaida Yusof, 38, bernikah pada 14 April 2006.

Dalam pada itu, Adi berkata, dia seronok dapat bergelar ayah kepada Zara yang kini berusia lima bulan kerana kanak-kanak itu menjadi pengikat kepada rumah tangganya yang hampir-hampir roboh pada tahun lepas.

Jelasnya, walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni namun dia sentiasa memastikan akan meluangkan masa bersama anaknya itu.

"Kehadiran Zara benar-benar telah mengubah kehidupan kami dan sebagai lelaki saya seronok bergelar seorang ayah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adi berkata, selain bakal muncul dengan filem Langgar arahan Sein (Ruffedge) dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Teduhan Kasih di samping Nabila Huda.

Kredit: Mstaronline

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 10:54. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 10:54. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter