Published On:Thursday, 7 February 2013
Posted by admin
Pesawat Ringan Terhempas Berhampiran Jalan raya Di Melaka
Sebelum ini admin ada postkan berita di fanpage mediasantai tentang sebuah pesawat ringan yang terhempas berhampiran pangsapuri di Melaka. Dan ini adalah berita penuh tentang kejadian yang berlaku kira2 jam 11: 56 pagi tadi ...
Bagaimana nasib juruterbang?
Baca ini:
MELAKA: Sebuah pesawat ringan yang dipandu oleh juruterbang pelatih berusia 20 tahun terhempas di hadapan blok pangsapuri Cheng Heights, berhampiran persimpangan trafik Pulau Gadong dekat sini.
P.Derenessroo, yang memandu berseorangan berjaya menyelamatkan diri dalam insiden yang berlaku pada pukul 11.56 pagi Khamis.
Terdahulu Derenessroo yang memandu pesawat ringan, Piper 28, telah menghubungi pusat kawalan traik di Lapangan Terbang Batu Berendam bagi memaklumkan masalah enjin yang berlaku pada pesawatnya.
Sebaik sahaja beliau selesai membuat laporan berkenaan, pesawat itu terhempas.
Berikut pula gambar2 semasa kejadian..
P/s: Mujur tiada yang terkorban... sikit2 lagi nak terhempas ke jalan..fuhh...
Sumber:
Mstaronline/ Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================