Published On:Friday, 15 February 2013
Posted by admin
Black Akur Tak Boleh Sorok Identiti Tunang
Black ceria bersama tunangnya. Berseri2.
TEMAN PENGGANTI.
Meletop2 lagu ni keluar di corong radio. Suka kan? heh, ya, ramai yang sukakannya...feel dia lain macam.
Penyanyinya? x payah cakaplah...Black..atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26.
Dengar kabor dah bertunang? amboi, senyap2 je..macam Pierre Andre gak la ni...
baguslah..buat pe tunggu lama2 kan...cuma yang x sedapnya dia berkeras nak sorok identiti tunangnya...eh, sukahati dialah...mungkin x nak kecoh...takut2 over kang orang menyampah....kang orang meluat di doa macam2...dah x jadi kawin...menyorok dalam bilik nangis sambil nyanyi ombak rindu..opsss!
Berita terbaru, Black akur x nak berkeras sorok identiti tunangnya..cak!
PETALING JAYA: Penyanyi Black yang sebelum ini berkeras mahu menyembunyikan identiti tunangnya akhirnya dia harus berkongsi sedikit mengenai hal peribadinya kepada umum atas kedudukannya sebagai artis.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, oleh sebab itulah dia mula memuat naik foto-foto bersama tunangnya yang dikenali sebagai “Cira Khairi,” di laman sosial Instagram.
"Sebagai orang yang dikenali, saya faham peminat nak tahu setiap perkara tentang diri saya tetapi ada yang boleh saya kongsi dan ada yang tidak boleh.
"Diakui juga, sebelum ini memang saya tidak mahu berkongsi berita pertunangan ini. Takut tak jadi, malu pula seluruh keluarga kami.
"Bagaimanapun, saya sedar, menjadi selebriti juga, kita perlu berkongsi sedikit tentang hal-hal penting mengenai diri kepada orang ramai. Dan kerana itu saya mula memuatkan beberapa foto saya dan tunang di Instagram," katanya.
Tambah Black yang merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini, dia berjanji akan berkongsi berita gembira itu sekiranya sudah menetapkan tarikh perkahwinannya.
Black dan wanita berkenaan mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Namun ia dirahsiakan daripada diketahui umum bagi menghormati permintaan keluarga.
Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ini, dia sudah bersedia majlis pertunangannya itu akan terbongkar juga walaupun dia tidak menghebohkannya.
"Mujurlah awal-awal lagi saya dah jelaskan kepada keluarga pihak perempuan bahawa pertunangan ini sukar dirahsiakan kerana saya seorang selebriti.
"Ditambah pula dengan adanya pelbagai medium sosial, ia cepat tersebar. Tetapi tak sangka pula hal ini dapat dirahsiakan hampir sebulan," selorohnya.
Semoga berbahagia Black dan tunang..cepat2 la langsungnya ya!
Jangan lupa jemput kami!
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================