Published On:Saturday, 15 December 2012
Posted by admin
Masuk Islam Selepas Minum Air Zam-Zam
Mukjizat Allah SWT terbukti kepada Raju iaitu seorang pembantu berasal dari Sri Lanka yang bekerja di Arab Saudi. Penyakit epilepsi yang dihadapinya selama 15 tahun sembuh setelah minum air zam-zam.
Setelah penyakitnya sembuh, Raju kemudian mengucapkan dua kalimath syahadah dan menukar namanya menjadi Farida.
Kejadian bermula apabila majikannya membawa air zam-zam dari Kota Mekah. Majikan beliau meminta Raju minum air yang dipercayai berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit dengan kadar yang banyak. Maha suci Allah, setelah dua minggu secara rutin meminum air zam-zam, penyakit Raju hilang.
“Pembantu ini terus meminum air zamzam selama hampir dua minggu. Lalu, doktor memberitahu penyakit epilepsinya itu sembuh,” laporan dari sebuah akhbar Saudi, Sharq seperti dilaporkan oleh emirates247.com Ahad lalu.
Telaga mata air zamzam terletak di kawasan Masjidil Haram, tenggara kiblat umat Islam seluruh dunia, Kabah. Kedalaman telaga itu kira-kira 42 meter,dan hingga kini telaga itu tidak pernah kering. – zamazemah.com
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================