Headlines
Published On:Wednesday, 5 December 2012
Posted by admin

[GAMBAR] Saat Pintu Kaabah Dibuka Dan Tangisan Imam Masjidil Haram



MEKAH – Semalam pintu Kaabah di Masjidil Haram dibuka untuk kerja-kerja pembersihan di dalamnya dan memberi peluang kepada para pembesar, diplomat dan tetamu kerajaan Arab Saudi memasukinya kira-kira pukul 11 pagi.

Kebiasaannya anggota kanan keluarga diraja Arab Saudi dan agensi keagamaan bersama-sama mencapai penyapu dan kain disirami air mawar untuk membersihkan bahagian dalam Kaabah, yang menjadi kiblat umat Islam.

Kerja membersihkan Kaabah selalunya diketuai gabenor Makkah, yang melakukannya bagi pihak Raja Arab Saudi.Upacara selalunya bermula sejurus selepas solat Subuh, apabila anggota keluarga al-Shaybi yang menjadi penjaga pintu Kaabah sejak berabad lalu mengeluarkan kunci struktur itu dari beg hijau.





Berkaki ayam dan berpakaian jubah putih tradisi, golongan lelaki menamatkan majlis dengan mengelap tembok marmar dan lantai bilik kecil itu dengan minyak wangi, menghidupkan semula tradisi dimulakan Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu.

Upacara itu, yang dijalankan dua kali setahun, memberi peluang untuk menjenguk ke dalam struktur yang digelar umat Islam sebagai pusat bumi itu.

Umat Islam menganggap Kaabah, yang terletak di tengah Masjid Haram di Makkah sebagai kawasan paling suci dalam Islam kerana Allah mencipta alam semesta dari tempat ia berada.




Kesucian tempat berkenaan memberikan kepentingan khas kepada upacara membersihkannya.

Ia dilakukan sebelum Ramadan dan selepas sambutan Aidiladha.

Waktu lain Kaabah dibuka ialah apabila pembesar Islam seperti ketua negara meluahkan hasrat memasukinya.

Saksikan juga dibawah ini klip solat di Masjidil Haram yang diimamkan Sheikh khalid Ghamdi semalam.

Suara sebaknya ketika membaca surah Al-Quran cukup membuatkan kita merasa sebak mengenangkan kebesaran Allah SWT.





========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 14:50. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 14:50. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter