Headlines
Published On:Wednesday, 5 December 2012
Posted by admin

Facebook dituduh 'curi' data pengguna




NEW YORK 4 Dis. - Facebook dituduh melakukan 'pencabulan data' secara besar-besaran menerusi perkhidmatan terbaharu memuat naik gambar dari telefon bimbit penggunanya secara automatik ke pelayan laman web jaringan sosial itu.

Laman sosial itu pada Jumaat lalu mula meminta pengguna aplikasi telefon bimbitnya supaya mengaktifkan perkhidmatan baharu dikenali sebagai Photo Sync.

Perkhidmatan tersebut secara automatik akan memuat naik semua gambar dalam telefon bimbit pengguna ke album peribadi di laman web jaringan sosial tersebut.

Facebook juga mempunyai akses kepada semua gambar tersebut, walaupun pengguna tidak memberi kebenaran sama ada untuk berkongsinya dengan rakan-rakan mereka.

Keadaan itu bermakna Facebook secara sah memiliki fail-fail berkenaan termasuklah lokasi gambar tersebut diambil serta boleh menggunakan teknologi pengecaman muka untuk mengenal pasti identiti individu di dalam gambar tersebut.

Pakar berkata, pada peringkat asas, Facebook boleh menggunakan maklumat itu untuk mereka iklan khas berdasarkan lokasi.

"Bagaimanapun, digabung dengan teknologi pengecaman muka, keadaan itu membolehkan Facebook mengetahui secara automatik siapa rakan-rakan pengguna dan di mana mereka,'' kata pakar. - Agensi

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 13:58. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 13:58. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter