Published On:Wednesday, 14 November 2012
Posted by admin
Wanita Ini Membunuh 4 Juta Nyamuk!
Yuyen, warga Taiwan seorang penternak khinzir berjaya membunuh lebih 4 juta nyamuk. Atas kejayaannya ini, ia telah mendapat hadiah sebanyak USD 3 ribu.
Penghargaan ini diberikan oleh syarikat pembasmi nyamuk, Imbictus International. Sebelumnya, mereka telah mengadakan sebuah pertandingan di seluruh wilayah Taiwan untuk membunuh atau menangkap nyamuk terbanyak di sana.
Rupanya, cabaran itu benar-benar sahut Yuyen dengan serius. Dari ribuan warga yang terlibat, ia berjaya keluar sebagai juara kerana berhasil menangkap sekitar 4,05 juta nyamuk dengan berat mencapai 1,5 kilogram.
Yang menarik, dalam melakukan aksinya Yuyen hanya meletakkan penangkap serangga di sekitar peternakan khinzir miliknya. Dan jumlah 4,05 juta itu sendiri mampu dikumpulkan hanya dalam waktu sebulan.
Dengan pencapaian ini, ada kemungkinan Yuyen juga akan mencatatkan namanya dalam rekod dunia Guiness World Record.
Pertandingan menangkap atau membunuh nyamuk di Taiwan ini bukanlah yang pertama kalinya di dunia. Sebelumnya di Tartu, Estonia, pernah diadakan pertandingan serupa. Bezanya, waktu yang ditetapkan hanya selama 10 minit.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
















