Published On:Wednesday, 28 November 2012
Posted by admin
Rossa Akan Buka Tudung Semula Tahun Depan
Rossa kelihatan menarik dan anggun dengan pemakaian tudungnya.
Selesai pulang dari menjalankan ibadah Haji beberapa hari yang lalu, penyanyi Rossa kelihatan lebih menutup aurat dengan mengenakan tudung dan baju yang panjang. Senang cerita, gaya Muslimah.Dengan penampilan barunya, membuatnya kelihatan lebih cantik dan berseri.
Namun demikian, ibu kepada seorang anak ini mengatakan bahawa imej bertudung ini hanya sementara. "Saya bertudung bukan tetap, awal tahun depan akan buka semula, tapi kalau dari segi pakaian akan lebih tertutup," katanya ketika perjumpaan pembukaan outlet DIVA, Central Park, Jakarta Barat, Isnin 26 November 2012.
Walaupun hanya sementara, Rossa mengaku ada keinginan untuk menutup auratnya. Namun, pada saat ini, dia masih perlu memperbaiki diri atau menyiapkan diri. "Insya Allah, belum tahu pasti, cuma harus bersedia,"katanya dengan ringkas.
Rossa juga mengimpikan pasangan yang baik dan beriman.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
















