Published On:Thursday, 29 November 2012
Posted by admin
Reza Mohammad Enggan Ulas Diri Dirasuk
Reza Mohammad yang merupakan penyampai radio Suria FM yang juga hos program Propaganza, dilaporkan enggan mengulas lanjut mengenai keadaan dirinya yang tiba-tiba dirasuk sewaktu dalam perjalanan untuk mengacarakan sebuah majlis fesyen di sebuah kelab di Ampang pada Sabtu.
Reza Mohamad hanya menjawab soalan wartawan melalui SMS dengan perkataan;
“Don’t want to talk about it. Sorry.”
Dikatakan segalanya bermula secara tiba-tiba pada malam Sabtu lalu bilamana Reza Mohamad tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai pengacara majlis.
Reza juga terpaksa berpatah balik ke rumahnya selepas keadaan diri beliau dikatakan semakin serius hingga meracau-racau di dalam keretanya.
Menyedari situasi yang tidak terduga ituberlaku disaat-saat akhir, pihak penganjur yang berada di dalam keadaan yang kelam kabut terpaksa mencari pengganti.
Mujurlah pada saat-saat akhir, mereka berjaya mengantikan tempat Reza Mohamad dengan Kark Shafek.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================