Headlines
Published On:Thursday 15 November 2012
Posted by admin

Lelaki Berwajah Harimau Ditemui Mati



TONOPAH, Nevada : Seorang lelaki yang melakukan beberapa pembedahan muka selama beberapa tahun supaya wajahnya kelihatan mirip harimau betina ditemui mati di rumahnya di sini, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.

Lelaki itu, Dennis Avner yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Amerika Syarikat ditemui mati pada 5 November lalu.

Menurut portal berita The Huffington Post, Pejabat Syerif Daerah Nye mengesahkan kematiannya tetapi enggan memberikan maklumat lebih lanjut.

Punca kematiannya masih belum didedahkan tetapi terdapat spekulasi bahawa dia mungkin membunuh dirinya.

Seorang rakan Avner, Shannon Larratt menyatakan dalam laman blognya, Avner menghadapi pergolakan dalam kehidupan dan cuba membunuh dirinya ketika berusia 54 tahun baru-baru ini.

Lelaki itu melakukan pembedahan termasuk di bibir atas, telinga, menanam silikon pada pipi dan dahi, menajamkan gigi, mencacah tatu serta bertindik.

Dia merupakan penduduk suku kaum Red Indian.

“Saya merupakan seorang Huron (suku kaum Red Indian) dan mengikut tradisi lama yang mengubah diri untuk menjadi seekor harimau,” kata Avner di laman webnya. – Agensi

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 12:58. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 12:58. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

1 comments for "Lelaki Berwajah Harimau Ditemui Mati"

  1. Jd dh rimau.. bahang die.. berak nanang..

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter