Headlines
Published On:Wednesday, 7 November 2012
Posted by admin

Jari Manis Kanak-Kanak Putus Dihempap Replika Cendawan



BACHOK : Seorang kanak-kanak kudung jari manis kirinya, selepas dihempap replika cendawan ketika bercuti di sebuah pantai minggu lalu.

Jari Wan Annaz Wan Azhar, 5, terputus dan remuk selepas tertusuk serpihan simen replika cendawan itu.




Tiba-tiba replika runtuh

Bapanya, Wan Azhar Wan Ahamad, 31, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang pada 29 Oktober lalu, ketika dia sekeluarga sedang berkelah di bawah replika cendawan.

“Ketika itu kami sedang berkelah dan anak berdiri di belakang saya. Tiba-tiba replika cendawan yang berdekatan anak, runtuh menimpanya.

“Saya panik dan mengalihkan semua runtuhan yang menutupi seluruh badannya. Kemudian saya segera membawanya ke Klinik Kesihatan Bachok.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, baru kami mengetahui jarinya putus dan saya bergegas ke tempat runtuhan untuk mencari serpihan jari tersebut, dengan harapan dapat dicantumkan semula,” katanya kepada Sinar Harian.




Jari tak dapat disambung

Dia berkata, anaknya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

Malangnya, jari itu tidak dapat dicantumkan kerana keadaannya yang teruk.

Wan Annaz dirawat selama empat hari sebelum dibenarkan pulang.

“Kami tidak sangka tragedi ini berlaku ketika kami pulang bercuti sempena Aidiladha.

“Pihak berkenaan seharusnya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Saya perhatikan besi replika itu terlalu kecil sebagai asas. Beberapa replika lain juga didapati sudah retak dan usang,” katanya.





Pihak perlu buat pemantauan

Menurutnya, pihak berkenaan perlu membuat pemantauan untuk memastikan segala kemudahan dan replika di kawasan rekreasi itu selamat untuk pengunjung.

Akibat kejadian itu dia yang bekerja di Sungai Buloh terpaksa menyambung cuti bagi menyelesaikan rawatan anaknya.

Dia juga merancang untuk bertemu pihak berkaitan, berbincang mengenai tragedi yang menimpa anaknya dalam masa terdekat. – 







========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 23:08. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 23:08. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter