Headlines
Published On:Saturday, 17 November 2012
Posted by admin

Al-Quran bersaiz unik


Kitab al-Quran yang dimiliki Suradi bersaiz berpuluh kali ganda kecil daripada kitab al-Quran yang bersaiz biasa.



KOTA TINGGI - Saiznya yang kecil berpuluh kali ganda daripada senaskhah al-Quran biasa menjadikan kitab suci yang dimiliki seorang peneroka Felda Air Tawar 4, di sini, berbeza dan membawa makna kepada pemiliknya.

Suradi Marjune, 60, berkata, kitab suci al-Quran itu adalah milik asal kepunyaan Allahyarham bapanya yang dibeli dengan harga 50 sen senaskhah.

Menurutnya, melihat kepada saiz al-Quran yang unik itu, ayahnya berhasrat untuk menyimpannya selepas dibeli daripada seorang penjaja yang datang ke rumahnya pada ketika itu.

“Pada waktu itu, usia saya lima tahun malah ketika arwah ayah membeli kitab tersebut saya juga ada di sampingnya. Penjaja asing itu turut menyimpan beberapa buah naskhah kitab yang sama di dalam sebuah kotak cermin untuk dijual.

“Pada mulanya ayah berasa sangsi sama ada ia benar-benar al-Quran atau tidak. Bagaimanapun setelah penjaja itu membuka isinya ia tertulis kalimah ayat-ayat suci. Al-Quran ini sangat kecil dan halus sekaligus hanya boleh dibaca menggunakan kanta,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Suradi berkata, al-Quran kecil itu mendatangkan makna yang begitu besar buat dirinya malah setiap kali melihat kitab suci berkenaan, pasti dia akan terkenangkan saat-saat bersama arwah ayahnya.

"Oleh kerana terlalu sayang akan harta peninggalan arwah ayahnya yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lalu akibat demam panas, dia turut bertekad untuk menjaga kitab tersebut dengan baik.

“Jika dikira kitab ini sekarang telah berusia 55 tahun dan alhamdulillah keadaannya masih sempurna. Saya juga sentiasa memastikan ia berada dalam keadaan yang baik setiap masa.

“Bagi mengelakkannya rosak saya turut membalutnya dengan kain. Saya juga turut menyimpannya di tempat khas agar tidak hilang dan rosak. Malah jika diizinkan ALLAH saya mahu jadikan ia sebagai harta pusaka turun temurun buat keluarga kami,” katanya lagi.-Sinar

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 12:13. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 12:13. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter