Headlines
Published On:Wednesday, 3 October 2012
Posted by admin

Separuh akhir Piala Malaysia dicepatkan






TARIKH perlawanan separuh akhir Piala Malaysia dipercepatkan dan diadakan selama empat hari, masing-masing dua hari pada minggu ini dan minggu depan, demikian diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Perlawanan peringkat separuh akhir pertama menyaksikan Lions XII selaku tuan rumah akan menerima kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat 5 Oktober di Stadium Jalan Besar.

Keesokan harinya akan berlangsung pertemuan antara Kelantan dan Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Pusingan kedua separuh akhir akan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober.

ATM akan menentang Lions XII pada 11 Oktober di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala Selangor akan bertemu Kelantan pada 12 Oktober.

Perlawanan akhir Piala Malaysia pula dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu 20 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jadual ini dikeluarkan susulan saingan suku akhir kedua yang selesai diadakan malam tadi.

Mengikut maklumat awal, kedua-dua perlawanan separuh akhir dijadual untuk diadakan pada 8 dan 12 Oktober.

Berikut butiran penuh perlawanan separuh akhir:

Separuh akhir pertama:

5 Oktober (Jumaat)
Lions XII mln ATM di Stadium Jalan Besar, jam 8.45 malam


6 Oktober (Sabtu)
Kelantan mln Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV, jam 8.45 malam


Separuh akhir kedua:

11 Oktober (Khamis)
ATM mln Lions XII di Stadium MPS, Selayang, 8.45 malam

12 Oktober (Jumaat)
Selangor mln Kelantan di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam




========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 23:25. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 23:25. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter