Headlines
Published On:Monday, 8 October 2012
Posted by admin

Saya Tak Berniat Nak Lukakan Hati Peminat: Lisa Surihani




Lisa menjelaskan tiada niat untuk menguris perasaan peminat yang ingin mendekati atau bergambar dengannya.



PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani tidak pernah berniat untuk meminggirkan para peminat yang ingin mendekatinya di sebuah lokasi penggambaran sehingga dituduh sombong.

Lisa, 26, berkata, insiden dia dikatakan enggan bergambar dengan peminat bukanlah sesuatu yang disengajakan kerana ketika itu di sedang menjiwai watak untuk drama Di Mana Hilangnya Juwita di sebuah balai polis sekitar Kuala Lumpur.

"Secara jujurnya saya tidak berniat untuk menunjukkan sikap sombong kepada sesiapa pun dan kepada mereka yang terasa hati saya ingin memohon maaf.

"Kejadian itu bukan disengajakan kerana saya sedang memberikan tumpuan kepada penggambaran tambahan pula watak yang saya pegang agak berat.

"Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu sikap saya yang sebenarnya," ujarnya kepadamStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Lisa mengulas laporan yang mendakwa dia enggan bergambar dengan peminatnya semasa sedang menjalani penggambaran di sebuah balai polis baru-baru ini sehingga mengundang rasa terkilan peminat dengan sikapnya.

Bagaimanapun Lisa berkata, dia tidak menyalahkan peminat yang tergores dengan kejadian tersebut dan berharap dapat memenuhi permintaan mereka untuk bergambar pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Lisa berkata, semasa kejadian dia turut berasa bersalah kerana terpaksa memilih untuk memberikan tumpuan kepada wataknya kerana tidak mahu menjejaskan masa yang diperuntukkan pihak produksi.

Katanya walaupun produksi tidak kisah jika dia meluangkan sedikit masa untuk bersama peminat tetapi sebagai seorang pelakon dia perlu menghormati masa pihak lain.

"Saya tidak mahu menyusahkan orang lain kerana ingin sesuatu perancangan itu berjalan dengan baik.

"Saya sentiasa terfikir boleh ke ambil masa sekejap bergambar dengan peminat ataupun kalau saya turutkan kata hati saya, ia akan menggagu proses penggambaran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lisa berkata dia kini sedang sibuk dengan latihan pementasan Teater Tun Siti Hasmah yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya November depan.


*****

Bukan nak bekap, tapi retis pun manusia biasa gak..kadangkala mood ok kadang x...xkkan nak senyum 24 jam...kadang2 mereka penat...takkan muka penat2 nak senyum memanjang..

kadang2 peminat kena faham gak...papepun terbaik dari Lisa bila dia minta maaf.....   

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 23:21. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 23:21. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter