Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon Sharizal Jaszle dan tunangnya telah terlerai baru-baru ini... jom baca berita ni...
+++++++++++++++++
Pertunangan antara pelakon Sharizal Jaszle dengan pelajar jurusan perubata
Siapa yang tengok drama Masihkah Ada Ramadan pada bulan puasa lalu pasti tersentuh hati menontonnya....
Sedikit jalan cerita drama tersebut...
Kisah pengorbanan seorang anak bongsu yang tinggal bersama-sama kedua-dua orang tuanya, adik bongsu kepada abang-abang dan kakaknya
Zali, satu-satunya anak yang tinggal bersama ibu bapanya kerana adik-beradik yang lain tinggal jauh di bandar kerana komitmen kerjaya masing-masing
ibunya sentiasa sedih apabila tibanya Ramadan dek mengenangkan anak-anak yang jauh di perantauan jarang-jarang pulang menjenguk
Zali si bongsu tidak ditanya kemahuannya, sekiranya abang-abang dan kakaknya pulang, si ibu pasti bertanyakan apa yang mahu mereka makan
tapi, Zali yang sentiasa bersama-sama dengannya setiap hari tidak pernah ditawarkan untuk dimasakkan makanan kegemarannya
Zali makan apa sahaja yang maknya masak dan tidak pernah komplen sedikit pun.
rintihan hiba emaknya tentang abang-abang dan kakaknya yang jarang pulang menjenguk meruntun hati seorang anak
Zali mengambil keputusan ke Kuala Lumpur menyusuli abang-abang dan kaknya
namun kehidupan abang sulungnya dan keluarga rupa-rupanya sudah jauh dari landasanNya yang sebenar
solat entah ke mana, puasa entah ke mana
yang dikejar hanyalah kemewahan hidup yang fanaโ.
Zali berusaha menasihati dan meneladani anak-anak saudaranya.
dalam usaha mengubati hati ibu tercinta, rupa-rupanya Zali dalam diam mempunyai kanser di tahap empat yang merupakan tahap terakhir dan akhirnya meninggal dunia..
*****
Ya, di akhir cerita Zali meninggal dunia...dan tanpa di sangka tanpa di duga...pelakon watak Zali iaitu Muhammad Amirul Mazlan, 19, benar2 menghadap Ilahi apabila maut dalam satu kemalangan jalan raya di Federal Highway pada 30 September yang lalu..
Berikut berita dari Sinar harian:
Pelajar Aswara antara 2 penunggang motosikal maut.
30 September 2012
KUALA LUMPUR - Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Persekutuan di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian pertama pada jam 7 pagi, motosikal yang ditunggang mangsa, R Selaraseh, 19, dari Sungai Lui, Raub, Pahang dipercayai terbabas setelah dilanggar sebuah kenderaan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios yang gagal mengelak mangsa yang ketika itu terjatuh di tepi jalan.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, Selaraseh berada di laluan kanan lebuh raya dari Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam dan tidak menggunakan laluan motosikal ketika kejadian.
โMangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala maut di tempat kejadian,โ katanya.
Selang dua jam selepas kejadian itu katanya, berlaku satu lagi kemalangan melibatkan motosikal di lokasi sama tetapi kejadian di laluan bertentangan.
Abdullah berkata, mangsa, Muhammad Amirul Mazlan, 19, penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu maut di tempat kejadian.
โMotosikal ditunggang Muhammad Amirul dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 10 meter.
Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di tempat kejadian dan siasatan mendapati dia juga tidak menggunakan laluan motosikal.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kali ini โZaliโ benar-benar pergi, bukan sekadar dalam lakonannya dalam Masihkah Ada Ramadan itu..