Headlines
Published On:Saturday, 6 October 2012
Posted by admin

Guru Tadika Maut, Jip Kesayangan Bertembung Treler




JEEP milik seorang guru tadika, Norazila Ahmad, 29, yang maut selepas kenderaannya yang dipanggil ‘Belalang’ itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian kira-kira 12.20 tengahari di Kilometer 31.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, berhampiran Bandar Penawar



KOTA TINGGI — Seorang guru tadika terbunuh apabila jip yang dipandunya berlanggar dengan sebuah treler di Km31.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, berhampiran Bandar Penawar di sini Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi berkata kenderaan yang dipandu Norazila Ahmad, 29, dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari.

“Jenazah mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di perkuburan Islam Felda Sungai Mas malam ini,” katanya.

Norazila yang juga seorang anggota Rela merancang bertunang dengan teman lelakinya dan menunaikan umrah selepas Hari Raya Aidiladha nanti.

Teman lelakinya itu, Zainuddin Manap, 30, berkata segala persiapan majlis pertunangan sudah dibuat dan urusan membuat passport antarabangsa untuk menunaikan umrah juga telah siap-Bernama

*****
Al fatihah...takziah dari kami.. yang merancang bercuti, berhati2 di jalan raya....pastikan kondisi kenderaan anda dalam keadaan baik.

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 01:25. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 01:25. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter