Headlines
Published On:Friday, 12 October 2012
Posted by admin

Norish Karman kini berkerusi roda, kekoyakan cakera spina



Pelakon jelita, Norish Karman tidak mempedulikan kesakitan dan tetap datang ke lokasi penggambaran drama walaupun terpaksa menahan sakit dan datang hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Wah...kuat semangat hakak....

Norish Karman baru sahaja menjalani ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ akibat kekoyakan dialaminya di bahagian spine disc serta tisu yang menyebabkannya sukar untuk berdiri.



Pelakon popular yang berasal dari Singapura ini masih hadir ke lokasi bagi merakamkan babak untuk drama ‘Julia’ yang sedang bersiaran di TV3 ketika ini.


“Pihak produksi faham keadaan saya, namun atas rasa tanggungjawab saya tetap datang ke lokasi kerana hampir setiap episod ada babak membabitkan saya sebagai Zainab dalam drama itu”

“Jika saya tidak ke lokasi menyiapkan babak saya, ia boleh menyebabkan jalan cerita tergantung,”

kata Norish Karman.

Tambah Norish Karman, sakit beliau itu datang secara tiba-tiba ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya hingga beliau hnya mampu terduduk sahaja ketika bergambar dengan peminat.


“Penyakit ini, sesiapapun boleh kena kerana ia berpunca daripada tekanan dan kerja keras mengangkat barang berat. Apabila difikirkan semula, mungkin punca sebab silap sendiri,”

ujar Norish Karman yang mengakui bekerja keras walaupun dirumah.

*****

Semoga cepat sembuh ya...

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 16:03. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 16:03. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter