Published On:Tuesday, 9 October 2012
Posted by admin
Hanez Suraya Pernah Bersikap Liar?
Pelakon Hanez Suraya,27 , tidak mahu berselindung mengakui yang dirinya pernah bersikap liar satu ketika dulu...
namun, itu dulu, kini dia telah berubah serta menganggap apa yang dilakukannya itu sebagai satu pengajaran yang terbaik buat dirinya.
Nama Hanez tiba2 panas setelah penyebaran gambar2 nya berpelukan dengan beberapa orang lelaki kembali tersebar di beberapa blog2 hiburan tempatan baru-baru ini.
“Saya mengaku dahulu saya bersikap agak liar. Pada masa itu, usia saya masih muda serta masih belum boleh berfikir apa yang betul dan salah. Namun zaman itu telah berlalu dan saya kini telah pun berubah.”
“Gambar tersebut sudah lama. Ia diambil 5 tahun yang lalu. Setiap tahungambar tersebut pasti akan menimbulkan kekecohan. Saya sendiri pernah memberi penjelasan 4 tahun yang lalu. Oleh itu saya tidak cepat melatah apabila ia kembali hangat diperkatakan,”
Menurutnya, mungkin ada yang iri hati dengan menyebarkan gambar2 tersebut semula...
“Saya tidak nafikan mungkin terdapat pihak yang tidak suka atau iri hati dengan hubungan saya bersama Awi Rafael. Oleh itu, mungkin mereka cuba bagi menjatuhkan kami, tapi itulah yang membuatkan ikatan hubungan kami bertambah kuat. Namun begitu, saya tetap mahu memohon maaf andainya saya ada terkasar atau tersalah dengan sesiapa pun,”.
Di tanya perkembangan terbarunya, Hanez akan muncul dalam muncul dalam drama bersiri 13 episod bertajuk Dalam Hati Ada Taman bersama pelakon dari Indonesia, Randy Pangalila, Elfira Roy, Amy Mastura, Amar Asyraf, Faizal Hussein, Didie Alias serta ramai lagi.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
















