Headlines
Published On:Monday, 1 October 2012
Posted by admin

Borang Brim 2.0 Mula Diedar Bulan Ini





KUALA LUMPUR: Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satuhingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudahtersedia," katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak InsuransMalaysia 2012 di sini, Isnin.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Lim berkata isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Katanya pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar di peringkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali," katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut. BERNAMA


******

Boleh lah sedia awal2..jangan last minit baru nak buat..nanti ada yang berputih mata lagi...


========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 13:34. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 13:34. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter