Headlines
Published On:Monday 24 September 2012
Posted by admin

Tidak Jatuh Talak Dalam 'Untuk Tiga Hari' - Vanidah Imran


Admin x berani nak ulas samaada jatuh talak or x... bab hukum Agama ni x bleh main2...lagi satu, admin x tengok lagi filem ni...part mana, tang mana ada sebut jatuh talak....
Namun, Vanida awal2 lagi menafikan berlaku jatuh talak....

Baca penafian beliau...




Vanidah dan Rashidi bergandingan dalam filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki.


**********

PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.

Vanidah yang dihubungi mStar Online di sini Isnin berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

"Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya.

Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku," tegasnya.

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

"Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya.

Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.

"Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok," katanya.

********

Sebaiknya, Vanida dapatkan nasihat Pejabat Agama, Ustaz/Ulamak atau orang yang arif tentang hukum hakam agama..

Dapatkan pengesahan dari mereka tentang isu ni....

Alah, macam kes Zizan kononnya hina Rasulullah dalam Hantu Bonceng...

Dia refer sapa? x silap Ustaz Azhar Idrus...

Sebelum ni pun diorang clean..x pernah dengar2 cerita negatif tentang diorang...

Perkara bleh selesai....kan..?

Sumber

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 13:59. Filed under , . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 13:59. Filed under , . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

1 comments for "Tidak Jatuh Talak Dalam 'Untuk Tiga Hari' - Vanidah Imran"

  1. Kalo pentingkan hukum baik ikut...jgn buat hukum sendiri

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter