Headlines
Published On:Monday, 24 September 2012
Posted by admin

[TERKINI] Kemalangan Dahsyat Di Depan Mydin Ayer Keroh



Satu kemalangan dahsyat telah berlaku di persimpangan lampu isyarat Mydin Air Keroh, Melaka..

Kemalangan membabitkan 2 kereta, 3 lori dan 4 motosikal dan berlaku sekitar jam 4:30 petang...


********
Admin dulu selalu lalu jalan ni...

Rasanya time2 ni memang tengah sibuk..orang balik kerja....

Dikhabarkan dari rakan forumer http://mforum.cari.com.my  yang berada di tempat kejadian ada antara mayat yang tidak dapat diangkat oleh pihak keselamatan disebabkan keadaannya yang telah hancur digilis dan diheret oleh lori trelar yang sedang menuruni bukit dari arah Bemban.


Update berita:




Dua maut dalam kemalangan libatkan 10 kenderaan

24 September 2012

MELAKA - Dua maut dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata yang maut ialah pemandu lori yang membawa muatan dedak ayam, R. Chandran, 47, dan penunggang motosikal, R. Mukeudan@Mukundan, 62.

Salehhudin berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, lori terbabit yang datang dari arah Bukit Katil di sini dipercayai hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Lori tersebut kemudian merempuh tiga buah kereta, dua lori dan empat motosikal," katanya ketika dihubungi di sini. 

Katanya akibat rempuhan itu pemandu lori terbabit tersepit di tempat duduk kenderaannya manakala Mukeudan terperosok di bawah lori tersebut sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua penunggang motosikal lain dan seorang pemandu kereta turut cedera dalam kemalangan itu. 

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Melaka Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama tiga jentera, sebuah van dan dua unit bermotor dari balai bomba Ayer Keroh dan Bukit Katil.

"Operasi mengeluarkan mayat pemandu lori (yang tersepit) mengambil masa lebih tiga jam," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 6.40 petang menggunakan pelbagai peralatan termasuk pemotong dan dua buah kren. - Bernama


************


Ini antara gambar2 yang di ambil forumer http://mforum.cari.com.my



Ini update status fb seorang rakan yang berdekatan kejadian tersebut..


















Ngerinya....Salam takziah kepada keluarga terbabit.

Geng, berhati2 di jalan raya ya...



========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 18:52. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 18:52. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter