Published On:Sunday, 23 September 2012
Posted by admin
Kontroversi Adegan Berpegang Tangan, Babak bukan di Makkah
KUALA LUMPUR: “Cakap mengenai kontroversi itu hanya berlaku sehari saja ketika episod akhir ditayangkan. Memang adegan itu sepatutnya dilakukan di Makkah tapi kerana kesuntukan masa, adegan pegang tangan dan dalam bilik dirakam di Kuala Lumpur,” kata pelakon Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa mengenai kontroversi adegan berpegang tangan dan tidur sebilik digambarkan berlaku di Makkah menerusi drama bersiri, Kau Yang Terindah.
Neelofa, 23, berkata, dia melakonkan adegan itu berdasarkan kehendak skrip dan tidak menyangka babak itu menimbulkan kontroversi di kalangan segelintir peminat.
Bagaimanapun, katanya, isu itu tidak lagi diperkatakan dan dia masih menerima maklum balas positif daripada peminat yang terus menonton drama itu.
Malah, impak drama yang dijayakan bersama pelakon Nazim Othman itu terus menarik perhatian peminat yang memberikan komen menerusi laman sosial twitter milik Neelofa. Dalam episod akhir drama arahan Erma Fatima pada 20 September lalu, Neelofa membawakan watak Alisya iaitu isteri Kapten Syamiel lakonan Nazim. Apa yang menarik perhatian, adegan pegang tangan dan tidur sebilik di Tanah Suci menimbulkan tanda tanya jika perbuatan itu boleh dilakukan di Makkah atau sebaliknya.
Dia menjawab komen adegan dikatakan kontroversi di kalangan peminat.
**************
Bukti peminat sensitif.....sekurang2nya pengarah akan lebih berhati2 lepas ni....
lihat videonya di bawah....
lihat videonya di bawah....
Dan nilai sendiri ya..
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================








+-+YouTube.png)






