Headlines
  • Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

20 Jun 2013 / 0 Comments

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon Sharizal Jaszle dan tunangnya telah terlerai baru-baru ini... jom baca berita ni... +++++++++++++++++  Pertunangan antara pelakon Sharizal Jaszle dengan pelajar jurusan perubata

Read More...

Terkini
Hot

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon ...

Farid, Diana timang anak pertama???!

Tadi terbaca di Sinar..katanya pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle selamat menimang cahaya ...

Informasi

Akibat Biar Anak Atas Motor Sambil Enjin Masih Hidup!

ADUH! Inilah akibatnya... memang kadang2 ada parents yang x matikan enjin motor dan biar je anak atas moto...

Uji Kepintaran Kaki Kanan Anda!

Geng, Meh cuba uji kaki kanan korang, hebat x hebat...pintar x pintar....dahsyat x dahsyat...   ...

Seram
Sukan

Khoo: FAM bakal hilang ramai 'kawan'

KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan melarang a...

Pelik

Payudara Wanita Ini Terkoyak!

Pedoman untuk mereka yang x puas hati dengan apa yang Allah beri...dah molek2 nak tambah itu ini... hidung p...

Subhanallah! Masjid Kobe Masih Bertahan Dari Bom Atom dan Gempa!

Ingat lagi tentang kejadian Tsunami di Acheh suatu ketika dahulu? Satu gelombang Tsunami telah memusnahk...

Bayi mahu dikebumikan tiba-tiba menangis

SAO PAOLO - Seorang bayi perempuan yang dikatakan sudah meninggal dunia dan hendak dikebumikankan ...

Santai

Bukti Aksi Wheelie dan 'Wikang' Dah Ada Sejak Dulu

BUKTI. Gambar ni memang 'rare' Ini zaman bapak2 admin kot.  Haha... Sekarang admin dah faham dari...

Ada Sesuatu Yang Menyeramkan Di Sebalik Gambar Ini.

Beb, tengok betul2 gambar ni..ada sesuatu yang x kena.. menyeramkan pun ia gak... V V V V...

Teknik Elak Penat Beratur

Servis lambat? Penat beratur? Gunalah teknik ni,'cop' tempat guna selipar. Amacam? Tapi kena ingat selipar ...

Fakta

16 Fakta Menarik Tentang Bayi

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan. 2. Bayi tiada ...

Hiburan

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon ...

Santai
Iktibar
Hot
Published On:Thursday, 19 July 2012
Posted by admin

( FAKTA) 6 JENIS WANITA YANG MUDAH DI TIPU LELAKI.!!




Hai korang..! hari nak share sikit fakta-fakta sangat berguna untuk korang yang berjantina perempuan,yang boleh di jadikan panduan di kemudian hari agar tak tertipu oleh lelaki-lelaki jongos di luar sana...yang lelaki plak,rentikanlah menipu kaum hawa yang maha lemah. (backup nampak..) betul laaaa... sepatutnya kaum lelaki menjadi pelindung kepada kaum wanita,bukan menghancurkannya...apekeheynya??! untuk korang perempuan,bacalah fakta ni baik-baik...macam-macam yang kita dengar hari...anda ada maruah,jangan biarkan lelaki jongos dan poyos mudah-mudah je menipu korang...jomlah membaca dengan bersungguh-sungguh.....cekidauuuuud!! 

tipahtertiputertiputertipah...!!tipahtertiputertiputertipah...!!tipahtertiputertiputertipah..!!. tipahtertiputertiputertipah... !!



 





6 Jenis Wanita Yang Mudah diTipu Lelaki.


1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakanโ€ฆ jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan โ€œpatternโ€ perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.

Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, โ€œMana dapat duit?โ€. Dia kata, lama dah simpan khas untuk โ€œsurpriseโ€kan anda. Oklah, boleh terima.

Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula โ€œshopping sakanโ€ dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, โ€œMana dapat duit?โ€. Dia kata, โ€œada la โ€œbisnesโ€ dengan kawan...โ€ Anda pun percaya terusโ€ฆ

Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan โ€œsemboronoโ€ boleh meletakkan anda dalam bahaya.

Contoh dalam senario di atas tadi, menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan ayat, โ€œada la bisnes dengan kawanโ€ฆโ€.

Kalau ini berlakuโ€ฆ macamana?


2. Wanita yang โ€œterdesakโ€ untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah โ€œterdesakโ€ untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh โ€œterlepas pandangโ€ tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.

Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa โ€œbuaya professionalโ€ yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingatโ€ฆ biar lambat, asal selamat!


3. Wanita โ€œsosialโ€.

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada โ€œnight lifeโ€, disko, berparti, โ€œclubbingโ€, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah โ€œlife is short, so have fun!โ€, atau โ€œmasa muda ni la nak rasa macam-macam..โ€. Fahamkan maksud saya?

Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan โ€œmengiklankanโ€ diri sendiri kepada โ€œspeciesโ€ lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Tepuk dada, tanya selera!


4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak โ€œterpilihโ€ lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia โ€œterjebakโ€ dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani โ€œmembetulkanโ€ keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.

Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.

Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki โ€œspecies berbahayaโ€ iniโ€ฆapatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?


5. Wanita yang memandang โ€œfaktor fizikalโ€ sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki โ€œcuteโ€, โ€œmachoโ€, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin โ€œhandsomeโ€, โ€œcuteโ€, โ€œsexyโ€ seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan โ€œsistem pertahananโ€ diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK โ€œhandsomeโ€ dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang โ€œhandsomeโ€?

Ingat.. โ€œhandsomeโ€, โ€œcuteโ€, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri โ€œbonusโ€ lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah โ€œcairโ€ dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai โ€œtargetโ€ utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!

Anda mungkin sedang diperhatikan oleh โ€œpemangsa handsome dan sexyโ€ yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..


6. Wanita yang โ€œsabarโ€ tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu โ€œmakan hati berulam jantungโ€, atau mungkin juga dah sampai tahap โ€œmakan tangan berulam kakiโ€. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya โ€œberharapโ€ pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi โ€œlesenโ€ kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.
Ingat kata orang dulu-duluโ€ฆ โ€œsabar biarlah bertempatโ€.

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 12:00. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 12:00. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter