PELIK! NORAINI BOLEH CAKAP BAHASA MANDARIN DAN KOREA LEPAS KEMALANGAN!
Kisah pelik ni berlaku ke atas seorang remaja berasal dari Besut. Noraini, 17 di katakan mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa Korea dan Mandarin selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya 13 januari lalu.
Kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
Selepas koma 11 jam di ICU Hospital USM Kubang Kerian, doktor membuat imbasan di kepalanya dan mendapati ada darah beku, kemudian doktor membuat imbasan kali kedua dan doktor terkejut keranan mendapati tiada darah beku lagi.
Mungkin ini antara keajaiban dan kekuasaan Allah yang nak ditunjukkan, mana kita tahu kan.
Lagi pelik apabila tiba hari keempat Noriani terjaga dari tidur dan meminta air dari ibunya dalam bahasa Korea.
Menurut doktor berbangsa cina, Noraini boleh menyebut nombor dalam bahasa cina dengan betul. Sehingga doktor itu terkejut kerana belum berjumpa kes semenjak bertugas selama 17 tahun.
Noraini hanya mampu bercakap bahasa korea atau mandarin hanya selepas dia tidur semula selepas subuh dan bangun. Jika dia tidak tidur selepas subuh, dia tak akan mampu bercakap dalam bahasa asing itu. Pelik2...macam ada sistem dwibahasa plak dalam otak dia.
begitupun, ia adalah sebahagian dari kekuasaan Allah..dan hanya Allah yang mengetahui di sebalik semua kejadian.. :D
err...peminat2 k pop jangan cuba2 nak suka2 eksiden..semata2 nak cakap korea..bleh chatting dngn group2 k pop! :) ( admin x tau sgt nama group2 k pop yg jadi kegilaan remaja sekarang ni...kalau padle pop tu tau la..eskrem yg ada maskot singa.. :) )
ini antara kes2 yang hampir menyamai kes Noraini ni...
Dari wikipedia
Kes seorang penceramah dari Crotioa: Beliau telah mendapat kebolehan untuk bercakap dan fasih dalam bahasa Jerman selepas sedar dari koma.
Kes budak India boleh bercakap bahasa Inggeris
Pada 14 Julai 2007 seorang budak lelaki bernama Rajesh di sebuah bandar terpencil di India tiba-tiba mula bercakap dalam bahasa Inggeris, walaupun dia tidak pernah keluar dari kampung halamannya. Rajesh dilaporkan sebagai dikatakan penjelmaan semula seorang saintis dari Amerika.
Kes Cindy Lou dari Washington yang mampu cakap Rusia pada tahun 2008
Cindy mengalami kecederaan otak dan mampu bertutur dalam bahasa Rusia walaupun ada kesalahan dalam pertuturannya.
Kes Sarah Colwill dari UK mengalami migrain yang kerap hingga dimasukkan ke hospital, apabila dia bangun dari tidur di wad hospital, dia mampu bercakap dalam loghat bahasa cina.
Dari beberapa kes ini, sebenarnya ada banyak lagi..mungkin jugak la Noraini mengalami sindrom ini..wallahualam..Allah Maha mengetahui dan maha berkuasa.
sumber