Headlines
  • Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

20 Jun 2013 / 0 Comments

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon Sharizal Jaszle dan tunangnya telah terlerai baru-baru ini... jom baca berita ni... +++++++++++++++++  Pertunangan antara pelakon Sharizal Jaszle dengan pelajar jurusan perubata

Read More...

Terkini
Hot

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon ...

Farid, Diana timang anak pertama???!

Tadi terbaca di Sinar..katanya pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle selamat menimang cahaya ...

Informasi

Akibat Biar Anak Atas Motor Sambil Enjin Masih Hidup!

ADUH! Inilah akibatnya... memang kadang2 ada parents yang x matikan enjin motor dan biar je anak atas moto...

Uji Kepintaran Kaki Kanan Anda!

Geng, Meh cuba uji kaki kanan korang, hebat x hebat...pintar x pintar....dahsyat x dahsyat...   ...

Seram
Sukan

Khoo: FAM bakal hilang ramai 'kawan'

KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan melarang a...

Pelik

Payudara Wanita Ini Terkoyak!

Pedoman untuk mereka yang x puas hati dengan apa yang Allah beri...dah molek2 nak tambah itu ini... hidung p...

Subhanallah! Masjid Kobe Masih Bertahan Dari Bom Atom dan Gempa!

Ingat lagi tentang kejadian Tsunami di Acheh suatu ketika dahulu? Satu gelombang Tsunami telah memusnahk...

Bayi mahu dikebumikan tiba-tiba menangis

SAO PAOLO - Seorang bayi perempuan yang dikatakan sudah meninggal dunia dan hendak dikebumikankan ...

Santai

Bukti Aksi Wheelie dan 'Wikang' Dah Ada Sejak Dulu

BUKTI. Gambar ni memang 'rare' Ini zaman bapak2 admin kot.  Haha... Sekarang admin dah faham dari...

Ada Sesuatu Yang Menyeramkan Di Sebalik Gambar Ini.

Beb, tengok betul2 gambar ni..ada sesuatu yang x kena.. menyeramkan pun ia gak... V V V V...

Teknik Elak Penat Beratur

Servis lambat? Penat beratur? Gunalah teknik ni,'cop' tempat guna selipar. Amacam? Tapi kena ingat selipar ...

Fakta

16 Fakta Menarik Tentang Bayi

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan. 2. Bayi tiada ...

Hiburan

Panas!! Shahrizal Jaszle Putus Tunang??

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya jerebu ditengahari..dikhabarkan ikatan pertunangan pelakon ...

Santai
Iktibar
Hot
Published On:Saturday, 18 February 2012
Posted by admin

INILAH NASIB ANAK YANG DI TINGGAL TEPI TONG SAMPAH BILA DAH BESAR!

 

 

Admin pasti ramai yang dah baca berita di harian metro hari ni....memang sedih dan terharu bila membaca nasib seorang lelaki yang x tau siapa ibu bapanya di sebabkn ketika kecil dia di tinggalkan di tepi tong sampah... kagum dengan kegigihannya walaupun bukan semua orang boleh terima keadaan hidup tanpa ibu bapa....dan yg penting x tau siapa ibu bapa dia! semangat brader ni memang kuat...tabik spring sama dia....cuma  yg bermain2 di fikian admin ialah, dengan kes2 buang bayi semakin ramai, maka akan ramailah yang senasib dengan brader ni....apa akan jadi dengan masa depannya?? semoga yang senasib dengan brader ni akan kuat dan semangat untuk jadi insan cemerlang tanpa mempedulikan nasib diri...anda tidak bersalah! =(

 



 

 

“Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha mencari ibu atau bapa kandung, cium tangan serta ucap terima kasih kerana sekurang-kurangnya mereka membiarkan saya hidup,” kata bekas anak tong sampah yang dibuang ibu bapanya ketika masih bayi.

Muhd Khairul Hafiz Abdullah, 25, berkata, walaupun mengakui marah, dia tetap merasakan mereka memainkan peranan penting dalam kehidupannya sehingga kini. “Sekurang-kurangnya saya masih bernyawa kerana mereka tidak membuang saya ke dalam sungai atau dicampakkan dari bangunan. Pengalaman hidup sebagai anak terbuang tanpa ibu bapa dengan pelbagai kesukaran menjadikan saya matang dan ia pengalaman berharga yang sukar diperoleh orang lain,” katanya di sini, semalam.
Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan Muhd Khairul ditemui seorang lelaki Cina berhampiran tong sampah di pekan Mentakab, Pahang itu mengakui kehidupannya tidak pernah bahagia, sentiasa menerima ujian dan cabaran termasuk merempat serta terpaksa makan sisa lebihan makanan orang lain kerana kesukaran mencari pekerjaan disebabkan memegang kad pengenalan merah, status pemastautin tetap (PR) walaupun hakikatnya dia dilahirkan di negara ini.

 

Muhd Khairul hanya memperoleh MyKad pada Mac 2010 atas usahanya sendiri dan kini bahagia dengan kehidupan bersama isteri, Nor Azlen Hashim, 32, dan empat anak berusia satu setengah tahun hingga 12 tahun.
Malah, dia mampu hidup selesa dengan perniagaan makanan sejuk beku dan menternak ikan keli yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu selain terbabit dalam bidang penulisan skrip drama dan lakonan.
Menceritakan pengalaman lampaunya, Muhd Khairul berkata, selepas dijumpai dia dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Pahang, sehingga berusia empat tahun kemudian dipelihara sebagai anak angkat di Shah Alam, namun menjadi mangsa dera termasuk disimbah air panas dan dipukul.

 



 

Akibat tidak tahan dengan tindakan kejam ibu bapa angkat, dia melarikan diri dan dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Cheras, Kuala Lumpur dan dipindahkan ke rumah jagaan kanak-kanak lelaki di Melaka ketika berusia lima tahun.
“Sewaktu kanak-kanak, saya tertanya-tanya siapakah ibu bapa saya yang sebenar. Setiap kali melihat kanak-kanak lain yang dikunjungi ibu atau bapa masing-masing, wujud rasa cemburu terhadap mereka kerana saya dapat lihat kasih sayang mereka.

 

“Perasaan itu kadang-kadang membuatkan jiwa rasa memberontak hingga terbit rasa marah terhadap ibu bapa saya. Malah, apabila dibebaskan dari rumah kanak-kanak itu ketika berusia 18 tahun, niat saya yang pertama ialah untuk mencari ibu bapa saya,” katanya.
Namun, niat itu seperti sesuatu yang mustahil kerana Muhd Khairul tidak mempunyai apa-apa petunjuk mengenai ibu bapanya kecuali dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dia mempunyai seorang abang kandung tetapi mendakwa JKM enggan bekerjasama.
Muhd Khairul berkata, sebaik dibebaskan dari rumah kanak-kanak berkenaan ketika berusia 18 tahun pada 2005, dia hidup merempat kerana sepanjang ditempatkan di rumah kanak-kanak itu dia tidak pernah didedahkan dengan sebarang kemahiran atau latihan.
“Sebaik dilepaskan, saya hanya diberi buku akaun bank mengandungi wang RM500. Saya difahamkan wang itu hasil sumbangan orang ramai sepanjang kira-kira 18 tahun sebelum itu,” katanya.
Menurutnya, pengalaman perit sebagai anak yang tidak mempunyai ibu atau bapa banyak mengajarnya berjuang demi diri sendiri dan kini dia bercadang membantu rakan senasib iaitu mereka yang dibesarkan di JKM tetap berdepan kesukaran hidup terutama apabila tidak mempunyai kad pengenalan.

 

 

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 21:43. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 21:43. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

2 comments for "INILAH NASIB ANAK YANG DI TINGGAL TEPI TONG SAMPAH BILA DAH BESAR!"

  1. Kita yang ada rumah, dibela dari kecik pun tak reti nak berterima kasih. Hmm.

  2. betul..tu pn ramai yg lari dr rumah..mmberontak x tentu pasal....

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter