Published On:Wednesday, 8 February 2012
Posted by admin
HARUS BACA! KAKI GAME DI TEMUI MATI DI DEPAN KOMPUTER!!
Harus baca untuk kaki game tegar yang menghabiskan masa berjam2 di depan komputer..bukan berjam2..malah berhari2 akibat keasyikan bermain game sehingga terlupa dunia luar...kegilaan terhadap dunia virtual ternyata boleh mengundang padah jika tidak bijak mengawalnya...baca berita ni.....
Seorang lelaki di temui mati di Taipei China dalam posisi tubuh yang masih bermain game.
Lelaki tersebut bernama Chen Jung-yu dan bekerja di Northern Taoyuan Cable TV sebagai juruteknik, berdasarkan siasatan dari pihak polis, si mati mulai bermain game di New Taipe City Internet Cafe sejak jam 10 malam waktu setempat, dan dia mati kira2 10 jam kemudian. Chen telah membayar deposit untuk bermain selama 23 jam.
Petugas cybercafe baru menyedari Chen sudah meninggal dunia 13 jam kemudian. Pada jam 3 pagi waktu setempat petugas cyber cafe sempat melihat kepala Jung-yu sedikit terkulai dan tangannya membentang di depannya, dalam keadaan menyentuh keyboard.
“Saya fikir dia hanya tertidur,” ujar staf cc tersebut. Ketika bil internet Jung-yu sudah melebihi 23 jam dan petugas menghampiri untuk memberi tahu bahawa sudah waktunya berhenti, petugas kemudian terkejut melihat keadaan tubuh Jung-yu.
Wajah Jung-yu menghitam dan tubuhnya masih terduduk kaku dengan kedudukan tangan masih menyentuh keyboard. Staf cc tersebut terus menghubungi pihak polis. Pengunjung lain juga baru menyedari yang ada mayat di dalam cybercafe itu setalh polis datang dan membuat garisan kuning .
Akibat main game semalam suntuk
Setelah menjalani pemeriksaan awal di National Taiwan University, di antara faktor penyebab kematiannya kerana kegagalan fungsi organ setelah berjaga semalaman.
Polis telah meminta izin kepada ayah Jung-yu untuk melakukan post morterm dan pihak hospital telah mengesahkan bahawa Jung-yu mati akibat sakit jantung.
Akibat ketagihan dunia virtual
Profesor Wang Chin-shou, sosiologi dari National Tsing Hua University mengatakan, kes ini terjadi akibat ketagihan game dan internet.
Ketagihan ini membuat seseorang tidak boleh membezakan kehidupan nyata dengan kehidupan virtual. Jung-yu sampai mengabaikan makan dan tidur di dunia nyata demi kehidupan virtualnya (bermain game).
Pembunuhan dan kekerasan juga dapat menyebabkan pemain menjadi tidak peka terhadap lingkungan mereka yang sebenarnya. Buktinya, orang-orang di sekitar Jung-yu tidak menyedari ada orang yang meninggal di cc itu.
Bahayanya internet cafe (warnet)
Jung-yu diduga meninggal akibat serangan jantung dan kegagalan fungsi organ. Hal ini boleh terjadi akibat ruangan di sekitarnya. Menurut Hsieh Pu-lin, ahli jantung dari Paochien Hospital, duduk di sebuah caybercafe yang penuh asap rokok dapat menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan membuat degup jantung tidak teratur.
Tempat yang sempit juga merosak pembuluh darah dan menyebabkan minor thrombophlebitis. Penggumpalan darah boleh naik ke paru-paru dan menghalang pernafasan. Dalam kes tertentu, boleh menyebabkan kematian.
Bukan yang pertama
Kejadian seorang gamer tegar yang meninggal dunia ketika bermain game ini bukanlah yang pertama. Pada Mei tahun lalu, seorang gamer bernama Cris Stanifort (20) meninggal dunia, setelah bermain dengan konsol game Xbox selama 12 jam.
walaupun berlaku di negeri China, hakikatnya suasana dan keadaan sama juga berlaku di Malaysia, kegilaan anak2 muda terhadap game dan internet memang x boleh di nafikan lagi....pada yang membaca entri ini sebar2kan kepada rakan2 anda dan ahli keluarga, terutama yg gila internet dan game....takut2 musibah yang berlaku jika tak di bendung...wallahuaalam... :oups:
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================