AWAS! MAIN LAPTOP ATAS KATIL BOLEH UNDANG BAHAYA!
Di petik dari sumber cekap komputer...rasanya ramai yg buat perkara ni tanpa sedar..termasuk la admin sendiri....hakikatnya apa yg kita nampak remeh tu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya dan malapetaka untuk kita....baca dan kongsikan bersama...
Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.
Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.
Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.
Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.
Perasan kan kalau main laptop atas katil, laptop tu rasa panas? tu la makanya....Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal. Yang terbaik gunakanlah cooler fan yg berharga x sampai pun Rm 20...yang belum pakai cepat2lah beli....malang x berbau.... :8
kongsikan dengan kawan2 lain..mana tau ia mampu selamatkan dari malapetaka x di undang...like jgn x like :)