Headlines
Published On:Wednesday 1 February 2012
Posted by admin

TERPIJAK KASUT KETIKA JOGET LAMBAK, SEORANG REMAJA DI BUNUH!

 

Joget lambak...acara yg biasanya di adakan ketika majlis perkahwinan...biasanya di iringi band kahwin atau band 'bawah khemah'....kalau yg berjoget ramai bersesak2 la bwh khemah tu...silap2 bleh terpijak kaki orang lain...nak2 kalau dh joget ala2 pak maon :)

 

tapi kejamnya manusia zaman sekarang ni, hanya kerana terpijak kasut ketika berjoget, seorang remaja maut di bunuh! :8

beb, nak bunuh2 pergi la bunuh orang israel tu!

baca berita ni..

 



 

TAWAU: Gara-gara terpijak kasut pada majlis kenduri dan tari menari di Kalabakan, seorang remaja maut dibelasah sekumpulan lelaki di persimpangan bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Remaja lelaki berusia 16 tahun yang cedera di perut, muka, kepala dan tangan itu mati di Hospital Tawau pada pukul 3.20 petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Superitendan Ibrahim Chin berkata, siasatan awal polis mendapati remaja rakyat asing itu dipukul menggunakan kayu dan tangan olehsekumpulan lelaki berusia 17 dan 23 tahun yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

"Mereka menunggunya di bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan. Sebaik mangsa yang menaiki motosikal tiba bersama dua rakan lain, mereka diserang secara tiba-tiba menggunakan kayu dan tangan.

"Dua rakan mangsa sempat melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata, sehubungan itu, polis menahan lapan remaja dengan dua daripadanya rakyat asing dua hari lepas bagi membantu siasatan kes itu.

- BERNAMA

 

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 08:33. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 08:33. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

1 comments for "TERPIJAK KASUT KETIKA JOGET LAMBAK, SEORANG REMAJA DI BUNUH!"

  1. enth pape...psl pijak kasut je smpi nk bunuh2....kple otak da mereng agknye..

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter