Published On:Friday, 9 September 2011
Posted by admin
TEWAS DENGAN IRAQ,PEMAIN SINGAPURA BERANG PEMAIN IRAQ BERLAKON!
Cerita tentang kelayakan piala dunia 2014..
Singapura kalah 0-2 dengan Iraq..
pemain Singapura tuduh pemain Iraq lengah2kan permainan..
berlakon lebih..pura2 cedera...tergolek ala hindustan kt taman bunga....
eh,macam sama skrip yg diorang pernah buat kt Bukit Jalil kan??
so..terkena kt batang hidung sendiri..
maaf cakaplah...berlakon dlm bolasepak biasa..tp apa yg diorang buat kt bukit jalil dulu..
over acting!
hakikatnya ramai rakyat Malaysia masih terluka dengan insiden tu...
kami xbenci Singapura..tp kami x suka pemain2 yg mencuba nasib dlm bidang lakonan..
di dalam padang..
PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric kecewa pasukannya tewas dan menyelar sikap Iraq yang melengah-lengahkan masa, selepas mendahului perlawanan 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Jalan Besar, kelmarin. Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Radojko Avramovic, terperosok ke tangga tercorot Kumpulan A, sekali gus muncul sebagai pasukan tunggal yang gagal mengutip sebarang mata. Kekalahan terbaru itu, muncul selepas The Lions tewas 1-2 pada perlawanan pertama Kumpulan A, menentang China, minggu lalu. “Ini merupakan taktik biasa yang diamalkan pasukan dari Timur Tengah. “Bila berjaya mendahului lawan, akan ada sahaja pemain mereka yang cedera dan tergolek di atas padang,” katanya. Bagaimanapun, ketidakpuasan hati pemain berasal dari Bosnia itu, bagaikan terkena batang hidung sendiri kerana mereka juga mengamalkan taktik yang sama ketika bertemu Malaysia pada pusingan kedua kelayakan di Bukit Jalil, Julai lalu. Kelmarin, anak buah Zico mempamerkan semangat juang tinggi menundukkan Singapura 2-0 menerusi jaringan Ala’a Abdulzehra pada minit ke-49 dan Younis Mahmoud lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================