Headlines
Published On:Saturday, 20 August 2011
Posted by admin

IKLAN PROMOSI RAYA SEKSI,PENGURUSAN NURUL MINTA MAAF!




Nurul Whab

Ramai yang tersinggung dengan iklan promosi raya yang memaparkan penyanyi Nurul dalam berpakaian terdedah..background masjid lak tu...

berikutan dari itu..pihak pengurusan Nurul telah pun meminta maaf..
baguslah...tu bukti ramai yang perihatin lagi...kan?
hope diorang lebih sensitif..
retis pun...kalau x pakai terdedah terus pun lagi bagus..lagi orang hormat..yang penting bakat...
contoh banyakkan... 


#petikan dari mstar online..


--------------------------------------------------------------


PETALING JAYA: Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah.
Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.
"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.
"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.
"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.Nurul kini berada di Sandakan, Sabah, bagi menghadiri sebuah sidang perniagaan.Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.

----------------------------------------------------------------------------



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 14:11. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 14:11. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter