Published On:Saturday, 21 May 2011
Posted by admin
GAMBAR TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM HULU LANGAT..!!
Salam takziah untuk mangsa tragedi tanah runtuh yang menyebabkan rumah anak yatim tertimbus bersama penghuni dan penjaganya ..
Rumah anak yatim tersebut berada di lereng bukit..
di percayai tanah runtuh berpunca dari hujan lebat..
14 orang mangsa di khuatiri masih tertimbus termasuk seorang penjaga...
setakat jam ini, 3 orang di sahkan meninggal dunia..
200 penyelamat di kerah ke tempat kejadian..
sumber: astro awani.
sumber: sinar harian
KAJANG - Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian itu berlaku.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, 20 pelajar dan empat warden terpeangkap dalam runtuhan tersebut.
"Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian dan menyebabkan dua mangsa maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang sekiranya berlaku lagi runtuhan.
Sementara itu, dalam laman Twitter, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.
"Saya sedih dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menyebabkan kematian. Kerajaan negeri akan sediakan tabung bantuan mangsa dengan segera," dipetik daripada Twitternya.
Seramai 49 orang berada di kawasan terbabit ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.
#update
setakat jam ini 5 orang mangsa di sahkan meninggal dunia..
12 lagi masih terperangkap dalam timbunan tanah..
Y a Allah..semoga mereka selamat...
#update: 6:45 pagi
jumlah mangsa= 25 orang
jumlah mangsa= 25 orang
16- Terkorban
9 -Selamat
dan berikut video yang di petik dari sumber tv Selangor..
salam takziah...Al-fatihah....
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================


































Sedihnya...
Al fatihah
alfatihah..semoga mereka ada dalam golongan kekasih Allah..Amin..
al fatihah semoga roh anak2 yatim itu dicucuri rahmat.. amin...
Al Fatihah, DIA yang maha mengetahui disebalik semua kejadian
mereka insan2 yang sudah terpilih...jarum perjalanan kehidupan mereka telah ditentukan detik hentinya sama waktunya dengan tanah yang meluncur dari lereng2 bukit itu...sesungguhnya manusia cuma merancang..ALLAH juga yang menentukan..
salam .
SEdih la
semga semua roh dicucuri rahmat AL FATIHAH
Buat rumah bawah tebing bukit macam ni memang mengundang bahaya...
sedih
semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi.Amin.
AL FATIHA...
al fatihah utk semua mangsa yg terkorban
Takziah & Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat… Subhanallah… Sessungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya….
Al Fatihah buat semua mangsa..
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dlm setiap kejadian...semoga Allah merahmatkan mereka semua di alam sana..aminn...
tumpang rasa sedih dan simpati
X tahan sebak tengok berita kat t.v semalam...Al fatihah...thnks to all for comment..