Headlines
Published On:Saturday, 28 May 2011
Posted by admin

FENOMENA BARU DI FACEBOOK!!

Salam...
selamat berhujung minggu untuk semua...
adik-adik pulak selamat bercuti...
yang bersunat tu tabahkan hati...
hehehe....
hari ni aku saja nak kongsikan tiga perkara yang ada kena mengena dengan facebook...
kisahnya....2 cerita pelik dan 1 cerita bagusss...

cerita 1

mengenai fenomena bergambar seperti  mulut itik di facebook....ohh..mungkin ramai yang dah tau....cuma aku tertanya-tanya..kenapa  aksi sedemikian berlaku? siapakah yang mengasaskan teknik bergambar mulut itik ini??adakah terlalu teruja dengan donald duck?? ataupun memang bibir dia di jadikan sebegitu??ataupun mereka rasa cun bila buat camtu?


akaka...sebenarnya xde apa yang salah....asal x buat aksi ghairah,lucah ataupun seksi udah lerrr..
bagi aku,ini revolusi cara bergambar yang akan sentiasa berubah dari masa ke semasa..
sama macam fesyen...dulu teknik bergambar statik je...paling cun bergambar kat sebelah pokok bunga atau pegang gitar...muka pun skema je...
sekarang lain...lebih free style....
tapi kalau lebih-lebih nyampah jugak....

gambar no 3 confirm nyampah!

cerita 2

Itu tentang mulut itik...lagi satu fenomena yang aku tengok...nama fan page yang panjang lebar..
contohnya:















hahaha..memang kratif..ini yang di namakan berfikir di luar kotak?....yelah..hidup kalau sentiasa skema rana  pun boring gak..kadang-kadang perlu "gila" sikit...fenomena ni tercetus semenjak cerita hantu kak limah punya dialog meletup....ramai yang guna dialog dalam citer tu untuk di jadikan fan page..haha..kalau 
Mark Zuckerberg mesti dia pening!
tapi..
untuk menceriakn hidup apa salahnya kan??
ada jugak fan page panjang yang mengajak ke arah kebaikan...
contohnya:




papepun gunakan fan page tu sebaiknya...jangan gaduh-gaduh,jangan buat fitnah....just for fun oklah!

cerita 3

ini cerita bagus dan menarik yang boleh kita kongsi bersama...
kisah budak yang berumur 13 tahun cipta laman sosial seperti facebok!!
wow!!





sedikit info:

nama pencipta :
Muhamad Yahya Harlan
umur :
13 tahun
asal:
bandung,indonesia
nama laman sosal:
salingsapa.com
waktu di siapkan:
sebulan



BANDUNG - Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.
Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.
Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.
"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.
"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.
Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.
Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.
Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.
Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.
"Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya. - Agensi


ada yang mengatakan laman sosial ni walaupun mirip facebook tapi aplikasi di dalamnya lebih baik dari facebook!
wow! betul ke??
kalau korang nak try bleh la register kat link ni...


try tengok hebat ke x...tapi kalau baru 13 tahun dah cipta macam ni..kira dhsyat giler la ni!!

maka arakian itulah ceritanya untuk hari ini gamaknya.....

kredit: gempak.org
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 11:53. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 11:53. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

1 comments for "FENOMENA BARU DI FACEBOOK!!"

  1. hebat budak ini. Kena sokong ni, Muslim kan?

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter