Published On:Sunday, 3 April 2011
Posted by admin
TENTERA SEMBELIH BURUNG ENGGANG!!
Menarik hari ini....ermmm...saja cari bala.....siap posing amik gambar tu....pastu rakam video upload kat facebook....satu dunia boleh tengok..buat malu ATM je...agak dah xde kerja ke hapa.......
BAGAN DATOH - Tindakan sekumpulan anggota tentera yang menangkap dan menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik membawa padah apabila berhadapan tindakan oleh Kementerian Pertahanan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mengesahkan semua anggota tentera terlibat disiasat mengikut Akta Tentera dan didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
Menurutnya, pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku anggota tentera yang didapati terbabit dalam aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang.
"Dalam siasatan yang dijalankan, seorang pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat dikatakan telah menjumpai burung enggang dalam keadaan separuh mati kerana dipercayai telah menjadi buruan pemburu lain ketika kejadian berlaku.
"Lalu mereka telah menyembelih burung itu dan mengambil gambar menyebabkan ianya telah tersebar di laman web sosial Facebook," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perkasa, Hutan Melintang semalam.
Ahmad Zahid berkata, perbuatan itu amat dikesali dan kementerian tidak akan melindungi mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam kegiatan sedemikian.
Sebuah akhbar tempatan semalam, menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang didapati telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.
Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam.
Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman turut kesal dengan kejadian itu dan telah memaklumkan kepada Kementerian Pertahanan.
sumber sinar.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
separuh mati pun, jgn la g bunuh, lol
masak merah sedap beb... royal belum mana ada binatang lagi
semua habis kena tembak, yang tinggal burung enggang...hehehe
cameraman tak kena? hehehehe...siasat kepala otak ko
trima kasih drop komen....btw...harap mereka menerima hukuman yang sepatutnya...jangan kejam kat binatang..
kalau tak sembelih...lagi terseksa binatang tu...bila sembelih, adush...kena sembelih lah korg...kesian kat dua2...burung dan org. alahai bro, pikir2 lah nak upload pic tu...
assalamualikum wbt..
burung enggang memang di bawah perlindungan akta hidupan liar.. dari perseptif undang-undang negara kita tindakan itu memang salah. perkara ini sepatutnya tidak menjadi hal yang besar jika anggota tentera bertindak bijak dengan menyimpan gambar kenangan tanpa dipertontonkan kepada pihak awam.
niat dan apa yang dilakukan oleh anggota ATM yang terlibat adalah praktikal dan tidak salah bagi pendapat saya. binang itu sudah hampir mati, maka tindakan menyembelihnya adalah satu tindakan yang murni kerana:
1- tidak menyiksa binatang tersebut.
2- tidak membazir
3- amat praktikal di dalam keadaan semasa - di dalam hutan dan tidak dapat diselamatkan lagi.
berkaitan dengan kesalahan dari perspektif negara pula perkara ini boleh diputuskan mengikut budi bicara pihak terbabit kerana apa yang dilakukan oleh anggota ATM pada hakikatnya bukan sesuatu yang salah, tetapi kesilapan dari segi prosedur sahaja.
menteri hanya pandai berkata-kata sahaja, jika menteri berada pada tempat yang sama sudah tentu tindakan sama akan diambil iaitu menyembelih binantang terbabit.. adakah menteri tersangat genius hendak usung binatang terbabit keluar dari hutan dan diberikan kepada pihak berkuasa yang terbabit? sudah tentu sangat tidak logik bukan?
kita patut berbangga anggota ATM kita secara praktikalnya membuat tindakan tersebut.
cuma yang agak kurang bijak adalah menyebarkan gambar berkenaan.
haiwan yang dijumpai pun hampir mati diburu oleh pemburu haram, mmg patut tindakan anggota tentera menyembelihnya, daripada terseksa baik sembelih...cuma yang dikesali adalah menyebarkan dlm FB...satu dunia dah tahu...manusia sememangnya tak sempurna...
yang gi upload dalam tenet tu apehal.bangang betullah dorang ni
bile orang kate askar xde keje korang marah,tapi yang korang buat mnde yang x berape nak cerdik ni nape lah skot,kalau nak semelih ape ape sekali pun,diam2 dahla,x yah la masuk dalam facebook,askar facebook ke korang ni
rilex la.. kenapa semua nak melatah.. jgn terus nak menunding jari ja... mencari kesalahan orang lain.. bila orang lain buat salah sedap ja kita nak salahkan dia.. kalau kena kat kita dan keluarga kita macam mana.. ada pro dan kontra... kita kena lihat disebalik cerita yang sebenar jangan terus nak buat kesimpulan dengan melihat gambar dan cerita orang sahaja...
tambah2 kalau yang buat salah adalah dari badan yang beruniform spt polis, askar dan jabatan lain... salah sikit ja terus cerita satu malaysia.. wartawan yang tak dak kerja sebenarnya suka sangat cari cerita macam nie...
hidup askar burung enggang enak di panggang
goreng pun sodap