Published On:Friday, 25 March 2011
Posted by admin
TAMPARAN UNTUK LELAKI YANG SELALU KECEWAKAN WANITA!!
gambar hiasan..
camelia dan kekasihnya?
Menarik hari ini.......baca betul-betul....
SHAH ALAM: “Setiap kali mencium, memeluk dan bermain dengan kucing, naluri saya terhadap lelaki akan hilang,” kata gadis hanya mahu dikenali sebagai Camelia yang membuat pengakuan tidak mahu berkahwin kerana lebih cintakan kucing berbanding lelaki.
Graduan universiti tempatan berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak kisah apa tanggapan orang lain, namun yang pasti dia rela tidak berkahwin, sebaliknya ingin sehidup semati bersama 12 kucing kesayangannya.
“Sebelum ini saya mempunyai seorang teman lelaki, namun sejurus dia mengajak saya berkahwin Mei tahun lalu, saya lebih rela menolaknya. Ini kerana jika saya berkahwin dengannya, siapa yang akan membela kucing saya.
“Sejak hari itu, saya semakin cuba menjauhi lelaki kerana saya mahu memberikan tumpuan 100 peratus kepada kucing ini,” katanya.
Dia kini memiliki 12 kucing yang diberi nama Lulu, Wonder Pets, Bobo, Stoki, Chepot, Comot, Lex, Apple, Cici dan Bubu, Bubu 1 dan Bubu 2.
Malah, Camelia menyifatkan cinta terhadap manusia tidak berbaloi berbanding kasih sayang terhadap binatang.
“Bagi saya, lelaki sekarang tidak boleh dipercayai kerana sering curang dan suka mempermainkan wanita, tetapi binatang peliharaan terutama kucing sentiasa setia.
“Saya berpendapat jika saya menghabiskan wang untuk binatang, binatang itu pasti mendoakan kesejahteraan saya. Jika saya menghabiskan wang untuk manusia belum tentu manusia itu berterima kasih.
“Perkahwinan sesuatu yang tidak penting untuk difikirkan berbanding menjaga 12 kucing peliharaan saya yang perlu diberi perhatian selalu,” katanya.
Berikutan itu, Camelia berkata, dia tidak kisah menghabiskan RM500 setiap bulan semata-mata untuk perbelanjaan kucingnya termasuk untuk membeli makanan, pasir, membawa ke klinik dan urusan pembersihan.
“Selain keluarga, kucing makhluk yang paling saya sayang. Saya dapat hidup jika tidak berkahwin atau berkawan, tetapi saya kesunyian jika tidak ditemani kucing comel ini.
“Andai kata satu hari nanti kucing ini mati saya akan berasa amat sedih,” katanya.
Camelia berkata, hatinya akan tenang setiap kali melihat 12 kucingnya bermain, malah turut memberitahu tidak dapat tidur malam jika tidak memeluk dan mencium haiwan itu.
Menurutnya, setiap hari selepas pulang daripada kerja, perkara utama yang akan dilakukannya ialah memeluk kucing dan menciumnya.
komen aku-x semua lelaki camtu..(ayat biasa)......semua sebab kecewa pasal cinta la ni....bila emosi dan mungkin kurangnya pegangan agama....cam gini la jadinya...nak-nak umur muda...tu yang ada sanggup nak bunuh diri sebab cinta..macam yang terjadi kat Kota Bharu...nasib baik x mati.......bagi aku orang camni perlukan support orang yang terdekat...bagi dia waktu untuk dia relaks..sambil-sambil pantau apa yang dia buat....bila dalam keaadaan tertekan..macam-macam boleh di buat dan difikirkan..pastu menyelit pulak setan-setan yang akan sentiasa menghasut...cara yang terbaik...dekatkan diri dengan agama......itu je cara yang terbaik nak hadap semua itu....nasib baik bercinta dengan kucing...kalau bercinta dengan gajah! x ke haru.......
p/s= x pepasal wonderpets jadi mangsa.....
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
hehehe...btul la..
bila iman kurang di dada smua boleh jadi..hehe
mak ai..dasat statement perempuan nih..huhu
eh2..yg kat kb tu bkn sbb result spm dia teruk ke???
@Eda xpasti..ada yg ckp sebab frust..ada yg ckp sebab spm....tp yg pnting didorong rs kecewa...
@qasehraihan tulah pasal...ermmm..
hmm...huisshh..statement tak bleh blaaah...
mst ada something wrong kat pompuan nih..ish...Nabi pun sayang kucing tp tkdelah sampai tk bg kwen dgn lelaki...pelik betul pompuan sorg ni...