Headlines
Published On:Monday, 14 March 2011
Posted by admin

MESEJ KESAN RADIASI LOJI NUKLEAR JEPUN DI ASIA TIDAK BENAR..!!






"A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. This applies to all Asian 
countries. Please pass, stay safe and remind everyone you know."

Pernah dapat mesej macam kat atas?? tak kira la dari medium apa...dari phone....,email, facebook atau juga twitter....yang mengatakan kononya di sebabkan letupan loji nuklear kat Jepun,kita yang duduk kat negara Asia ni..kalau hujan turun jangan keluar rumah,kalau kat luar plak kena pakai baju hujan sebab hujan yang turun tu hujan asid! kalau terkena kulit terbakar,rambut gugur dan mungkin boleh terkena kanser....siap suruh forward kat orang ramai...TAPI BETUL KE??? 

Kebetulan aku tengok buletin utama tadi...keluar berita pasal ni...dan diorang mengatakan yang text mesej ni adalah tidak benar..berdasarkan kenyataan dari pihak negara Asia yang lain iaitu negara Philipina....index udara kat sana pun still stabil lagi...kalau korang nak bukti boleh check kat link ni.......


ni screen shoot tentang penafian kebenaran mesej tersebut..


Philipina yang mungkin lebih terdedah dengan ancaman tsunami pun dah declare yang benda ni fake semata-mata..macammanpun kita tunggu jelah confirmation dari pihak Malaysia pulak...xde apa kot....mungkin yang hantar mesej palsu ni sekadar nak panikkan orang ramai...menangguk di air yang keroh la tu...so korang jangan panik...setakat ni xde pape berlaku...CUMA! dalam keadaan sekarang ni..kita sentiasa berjaga-jaga jelah....itu lebih penting... kuasa tuhan...kita tak tau....cuma buat masa ni xde apa yang  perlu di bimbangkan...Malaysia masih selamat.Sentiasa panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah.

# update- ni adalah kenyataan yang di petik dari akbar harian metro hari ni..

KUALA LUMPUR: Negara ini mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara dan sekiranya kehadiran bahan itu dikesan, tanda amaran akan dikeluarkan serta-merta, kata Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shahidan Radiman.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kebimbangan rakyat berikutan kesan radioaktif daripada loji nuklear Daiichi Fukushima yang mengalami kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu akan turut merebak ke negara ini.


Dr Shahidan berkata, jika tanda amaran kehadiran bahan radioaktif sudah dikeluarkan, orang ramai akan diminta berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar bagi tempoh masa tertentu. Bagaimanapun, katanya, agak mustahil kesan pencemaran radiasi di negara itu boleh merebak pada jarak yang jauh selain faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun, sekali gus menyukarkan pencemaran merebak.



“Berbeza dengan Eropah, purata hujan yang sangat minimum menyebabkan pencemaran radiasi boleh merebak dengan cepat dan kita bernasib baik kerana dikurniakan hujan yang cukup banyak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.


Jepun kini berhadapan krisis nuklear apabila reaktor 1 loji nuklear Daiichi Fukushima, yang terletak kira-kira 250 kilometer (km) di utara Tokyo, meletup sebelum reaktor tiga loji nuklear yang sama mengalami kegagalan pada sistem penyejukannya sehari kemudian, susulan gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang melanda negara itu. Keadaan itu menyebabkan operator loji nuklear, Tokyo Electric Powers Co's (TEPCO) terpaksa menggunakan air laut menyejukkan reaktor kerana kegagalan berbuat demikian menyebabkan kemungkinan teras nuklear itu melebur atau meletup yang boleh menyebabkan pencemaran debu radioaktif merebak ke negara lain seperti berlaku di Chernobyl, Ukraine. Dr Shahidan berkata, kemungkinan pencemaran radioaktif berlaku apabila letupan yang tercetus melebihi 800 meter ke atmosfera dan akan dibawa angin ke udara.


“Selagi tidak ada letupan besar berlaku dan disebarkan ke atmosfera, peluang pencemaran merebak ke negara lain juga tipis dan saya percaya ketika ini, kerajaan Jepun mengambil tindakan susulan sewajarnya bagi memastikan keselamatan kawasan berdekatan,” katanya.


*sebarang perubahan &perkembangan akan di beritahu kemudian ..
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 21:42. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 21:42. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

8 comments for "MESEJ KESAN RADIASI LOJI NUKLEAR JEPUN DI ASIA TIDAK BENAR..!!"

  1. yang omu tau...letupan nuklear memang betul...tengok kat bbc.com...hurm...harap tak merebak kat malaysia sudah...yelah...nuklear radisi ni ringan dan cepat merebak...

  2. @Omu Rice yup..mmng ada letupan..btul..cuma mksudnya..mesej ni bkn arahan rasmi dr pihk krajaan..papepun tnggu je arahan rasmi dr pihk brkuasa..tp still brjaga2 gk la ek!

  3. yg paling untung TELCO la....sbb org mesti berderu-deru hantar text SMS

  4. yah.. betul tuh. tp, prevent is better than cure.. x salah pn ambil langkah berjaga2.. :)

  5. dah ada tv apa nak sms lagi? tunggu laporan rasmi. nak tau lebih lanjut jom ikut saya

  6. slagi takda official announcement dr kerajaan mesia ni tak perlu la percaya bulat2 khabar angin tu. semua pihak tentu mahu yg terbaik bt negara masing2..

  7. yang pasal mesej tuh kan..aku rasa...ianya dikeluarkan oleh orang2 yang dekat ngan kawasan jepun lew..kalu kat kawasan kita mmg tade pape kot..n yang die cte tuh bukan pasal radiasi..tp pasal acid rain...

    just for info..apabila apa2 jenis asap pon...dr kereta or apa ke...ianya mengandungi sulfide dioxide yang apabila bergabung ngan air di langit,sekiranya kepekatan nya tinggi boleh menyebabkan acid rain..nuklear power plant meletup..maka pembakaran berlaku kat situ..asap terbentuk..toxic macam sulfide dioxide dan nitrogen dioxide pon terbentuk

    dalam msg2 tuh ckp acid rain..bukan radiasi dari nuklear..

    rasanya lah..ehehehe~_~

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter