Published On:Wednesday, 16 March 2011
Posted by admin
LELAKI MATI PUCUK SEBAB HANDPHONE.
Alamak...pagi-pagi terkejut dan 'tertakut' bila baca kosmo hari ni....tak sangka apa yang kawan aku cakap ada benarnya..pernah dengar pasal ni dah lama..tapi ingat hanya bergurau...errr....tapi setakat ni masih 'sangat okey'...hahaha...okey..lepas ni kena hadkan penggunaan tipon bimbit....kalau nak cakap pun just tanya..sihat? dah makan? pastu bye...kalau si gelfren marah..cakap kat dia..abang takut mati pucuk! hahaha..gelak-gelak jugak...kena amik perhatian jugak ni....makin canggih teknologi..makin banyak kesannnya.....lelaki-lelaki gagah perkasa di luar sana....sila letak handphone anda di poket belakang ek....awas jangan terduduk sudah.....
kosmo-
GEORGE TOWN - Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.
Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
hmmmm
ayok..masalah besar nie.. :)
alamak....
uiksss..ye ke ni???hoho
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/pabila-dua-orang-blogger-hot-bicara.html
@aLya maNip gelap masa depan dikk oiii...hehehe
@Rama2Ungu pikir jgn xpikir....
@qasehraihan ntahlah..setakat ni ok lagi...
@Isteri Yang Comel gtau suami anda..alapak...