Published On:Tuesday, 29 March 2011
Posted by admin
JACKIE CHAN MENINGGAL DUNIA ???
Confirm peminat Jackie Chan akan sedih bila dapat tau hero Asia ni meninggal dunia......yalah...rata-rata ramai yang membesar dengan filem-filem dia...ramai jugak yang dah patah pinggang sebab nak try ikut kungfu dia ni......lagipun penampilan dia yang bersahaja membuatkan beliau dekat di hati kita terutama masyarakat di Asia.....mempunyai bakat yang luar biasa terutama dalam seni mempertahankan diri........ermmmmm.....tapi betul ke mati??ermmmm....taklah...semua tu fake belaka....Jackie jadi mangsa jenayah alam maya.....bacalah artikel di bawah.....dah!dah! kesat airmata tu!
Berita Palsu Kematian Jackie Chan Tersebar di Twitter
NEW DELHI: Bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56, menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.
Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.
Susulan artikel berjudul 'Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung' itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.
Laporan itu turut memaparkan ucapan palsu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi:
"Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."
Chan yang masih hidup bagaimanapun dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaru iaitu 1911, tahun ini.
Sumber:mstar online
========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI
========================================================================
nasib baik jackie cepat phone aku kata 'lu jgn panik, wa sihat saje lelax lelax hahh"
jaat nooo depa ni..
xbek tau..
heart attack kejap..sib baik bangun balik..hik
hai bard..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/bila-sebut-indon-apa-yang-anda-fikir.html
mana boleh jackie chan mati.. org terer ba tue... hehehe.. luv jackie!!!