Headlines
Published On:Sunday, 13 March 2011
Posted by admin

IMEJ SATELIT SEBELUM DAN SELEPAS TSUNAMI DI JEPUN.

Untuk tatapan mereka sentiasa mengikuti perkembangan tragedi tsunami di Jepun...berikut ialah imej yang di ambil dari satelite Google..yang memaparkan perbezaan sebelum dan selepas kejadian tsunami berlaku...korang tengoklah...kat sini pun boleh tengok dahsyatnya tragedi ni....dalam sekelip mata semuanya musnah....sila layan dengan penuh keinsafan.......


SEBELUM-Arahama di Sendai pada 2008.

SELEPAS TSUNAMI-Arahama di Sendai pada 2011.



SEBELUM-Yuriage di Natori pada 2008.

SELEPAS TSUNAMI-Yuriage di Natori pada 2011.



SEBELUM-Fujitsuka in Sendai in 2008.

SELEPAS TSUNAMI-Fujitsuka in Sendai in 2011.



SEBELUM-Sendai airport pada 2003.

SELEPAS TSUNAMI-Sendai airport pada 2011.



SEBELUM-Yuriage di Natori pada 2008.

SELEPAS TSUNAMI-Yuriage di Natori pada 2011.




SEBELUM-Fukushima nuclear plant pada 2004.

SELEPAS-Fukushima nuclear plant pada 2011.



Kamaishi sebelum and selepas tsunami.

SEBELUM Kashimaku di Minamisoma.

SELEPAS TSUNAMI-Kashimaku di Minamisoma.



SEBELUM-Ishinomaki di Miyagi pada 2007.

SELEPAS-Ishinomaki di Miyagi pada 2011.



SEBELUM-Iigohama in Miyagi in 2007.

SELEPAS TSUNAMI-Iigohama in Miyagi 2011.



SEBELUM-Yagawahama di Miyagi pada 2007.

SELEPAS TSUNAMI-Yagawahama di Miyagi pada 2011.



SEBELUM -Kashima di Minamisoma pada 2003.

SELEPAS TSUNAMI -Kashima di Minamisoma pada 2011.



SEBELUM-Haranomachi di Minamisoma pada 2003.

SELEPAS TSUNAMI-Haranomachi di Minamisoma pada 2011.




kredit to :google eye.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 19:02. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 19:02. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

9 comments for "IMEJ SATELIT SEBELUM DAN SELEPAS TSUNAMI DI JEPUN."

  1. rata terus semuanya,,

  2. TSUNAMI JEPUN-Lambang Tumbangnya Teknologi Sains; Menangnya Teknologi Roh Serta Mesej Dari Tuhan


    Riuh rendah hiruk pikuk tunggang terbaliklah dunia akibat gempa bumi,tsunami dan akibat-akibat yang melanda Jepun hari ini. Kejadiannya tidak sebesar Acheh,tapi kesannya jauh lebih merbahaya. Berapa banyak negara yang turut terkena tempiasnya. Berapa banyak kerugian dilaporkan yang melibatkan negara-negara berkuasa didunia. Diwaktu ini,segala teknologi yang sekian lama dibanggakan,hanya mampu dibiarkan tenggelam,terbakar,hancur dan hanyut beserta penderitaan yang tersisa.

    Jepun dikenali sebagai negara yang cukup tinggi teknologinya. Bahkan Malaysia sendiri pernah mengambil dasar pandang ke timur sebagai menunjukkan kekaguman terhadap negara matahari terbit itu. Dengan kecanggihan teknologi mereka hingga mampu menjadi kiblat kepada negara-negara didunia,saya kira mereka terlahir sebagai satu bangsa yang sombong. Secara lahirnya orang-orang jepun ini lemah lembut dan kaya dengan adat dan kesopanan,namun,dalam hal menolak Tuhan,itu adalah dikira sombong yang paling tinggi. Apa ertinya teknologi tanpa Tuhan? Tidak terbuktikah lagi dengan banyaknya kejadian bunuh diri dikalangan rakyat? Justeru itulah bukti yang paling nyata bahawa,teknologi tidak akan mampu mengisi setiap keperluan insan. Sedangkan Tuhan menciptakan manusia dengan satu fitrah iaitu rasa ingin bertuhan. Dan jika fitrah itu dinafikan,lahirlah manusia yang berputus asa,kecewa,hampa dan akhirnya terjerumus ke neraka.

    Hairan! Seluruh dunia termasuk Malaysia bangkit marahkan mereka-mereka yang dilihat kurang sensitif dalam memperkatakan kejadian di Jepun. Semua orang saat ini melahirkan simpati sebesar-besarnya terhadap rakyat yang ditimpa musibah. TAPI,dalam hal Jepun merosakkan manusia dengan keyakinannya bahawa teknologi itulah Tuhan mereka,kenapa tiada seorang pun yang bangun menentangnya? Apakah jepun dan teknologinya itu jauh lebih besar dari Tuhan? Apakah kemahiran mereka itu lebih hebat dari kuasa Tuhan? Sekian lama mereka mencabar kekuasaan Tuhan,sekali Tuhan ranapkan semuanya,baru tahu! Malangnya,itupun tidak dapat membuka mata manusia. Sudah buta semuanya!

    Negara yang jelas-jelas menyesatkan Tuhan itu mendapatkan promosi yang sangat hebat diseluruh dunia. Hatta orang islam sendiri sangatlah mengagungkan Jepun. Tak nampak kah betapa teknologi Tuhan itu mengatasi segalanya? Siapa yang dapat membendung bencana yang Tuhan turunkan? Siapa yang dapat menyelamatkan suasana disaat ditimpa bala? Kenapa diwaktu Tuhan memperlihatkan kuasanya,tiada siapa yang bangkit mempromosikanNya? Mengapa setiap perkara yang datangnya dari Tuhan tidak mendapatkan perhatian? Adilkah begitu? Pandai kita mempersoalkan keadilan Tuhan yang dilihat seakan tidak bersimpati dengan mereka yang ditimpakan kejadian-kejadian ini. Tapi kita? Cukup adilkah kita terhadap Tuhan maha agung dalam memperkatakan kebesaran,kehebatan dan kekuasannya? Jahat! Jahatnya kita!


    Cukuplah..! Sudah cukup selama ini kita menzalimi Tuhan. Padahal segala yang kita ada semuanya milik Tuhan. Kalau Tuhan tidak izinkan kita bernafas,matilah kita serta merta. Mana nak dapatkan udara selain yang Tuhan punya? Mana nak dapat bumi selain yang Tuhan miliki?
    Tuhan buatkan tsunami di jepun itu,bukan hanya untuk mereka. Tapi juga untuk kita,juga untuk dunia. Tuhan sedang berkata bahawa Dia lah Tuhan yang memiliki semua kerajaan langit dan bumi. Tuhan sedang promosikan diriNya betapa Dia adalah pemilik segala teknologi yang jauh lebih hebat dan canggih dari yang diciptakan manusia. Padahal,Tuhan lah hakikatnya yang memberikan akal pada manusia untuk sampai mampu membina segala kejayaan itu.

    Segeralah sedar,segeralah kembali pada Tuhan yang mencatur semua ini! Jangan sampai Tuhan bertindak lagi. Katakanlah pada Tuhan betapa kita sudah sangat takut dan derita dengan semua ini. Berjanjilah padaNya kita tidak akan lagi melupakan Dia. Kita akur dan taat padaNya.
    Tuhan..ampunkanlah kami. Tolong taubatkan kami. Tolong selamatkan kami..

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter