Headlines
Published On:Monday 7 March 2011
Posted by admin

GEMPAR & SERAM: KUBUR DI GALI DI BANTING!!!

Kampung Sungai Lang Tengah.

Sebenarnya cerita ni dah berlaku sehari dua yang lepas...namun baru hari ni sampai kat telinga aku......yang menariknya ia berlaku kat kampung aku!!...nama kampung aku ni Kampung Sungai Lang Tengah....tak sangka zaman facebook,twitter,i pad dan Fasha Sandha ni,masih ada pihak yang mempercayai ilmu-limu khurafat dan tahyul ni...apa ke jadahnya pergi gali kubur orang yang dah meninggal ???bukan satu tapi ENAM!! ish..ish...ish....tu tak lain x bukan nak buat benda-benda yang ada kaitan dengan ilmu hitam la tu...
okey,bercerita tentang kampung aku...bolehlah di kategorikan sebagai kampung yang moden...maksudnya bukanlah kampung yang jauh pedalaman,yang nak jumpa kedai pun susah.....nak beli top up pun susah...kampung  aku ni kemudahan semua ada..bukan nak riak..cuma nak korang bayangkan je...tak jauh pun dari pekan Banting....yang peliknya,kampung aku ni jarang sangat dengar hal-hal berkaitan ilmu hitam,hantu dan sebagainya....tok bomoh pun susah nak jumpa...yang ada pun bomoh yang kerjanya mengurut orang...kira tak nampak la ciri-ciri kampung yang ada susuk degawan.....
Yang x bestnya..menurut mak aku...salah satu kubur yang di gali adalah kubur arwah ketua kampung aku dulu..kitorang panggil kat sini,,Pak Lurah...rumahnya,depan je dengan rumah mak aku kat kampung.....mak aku cakap lagi masa kejadian,kubur kat kampung tu bukan main meriah macam raya!...diorang suspek yang perbuatan tu dah di lakukan sebulan yang lepas...nasib baik ada seorang wak yang nak bersihkan kubur jumpa....kain kapan berselerakan...kubur berlubang....ish....memang bodoh la orang yang buat semua tu....! macam orang tak bertamadun...harap mereka cepat-cepatlah bertaubat.....! sekarang jadi kes polis dan Pejabat agama...malangnya aku x dapat pergi ke kubur masa tu..tapi aku akan cuba dapatkan gambar dari cucu arwah ketua  kampung tu..dan insyaallah akan di update di sini....

bawah ni berita yang keluar kat  sinar harian.....


salah satu kubur yang di korek.

SUNGAI LANG TENGAH - Penduduk di sini dikejutkan dengan penemuan enam buah kubur yang dikorek pihak tidak bertanggungjawab di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lang Tengah, semalam. 

Ketua Kampung, Kandar Sadiman, berkata, beliau mendapat maklumat kes berkenaan awal pagi kelmarin dan sebelum membuat laporan pois. 

Menyifat kejadian tersebut sebagai serius, Kandar berkata, perbuatan tersebut dipercayai ada kaitan dengan ilmu hitam dan tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut dilakukan oleh pengamal ilmu songsang tersebut. 

“Enam buah kubur yang dikorek tersebut melibatkan tiga buah kubur kanak-kanak dan tiga lagi kubur orang dewasa. Kejadian ini disedari seorang pekebun yang ingin memotong rumput di kawasan tanah perkuburan berkenaan. 

“Saya kecewa sekiranya pihak berkenaan melakukan perbuatan berkenaan untuk tujuan amalan ilmu hitam”, katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Kandar berkata, melihat keadaan lokasi kejadian, dia tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku beberapa bulan sebelum ini tetapi tidak disedari penduduk. 

Menurutnya, beliau meminta pihak yang bertanggungjawab agama melakukan siasatan segera kes tersebut dan melakukan pemantauan bagi mengelakkan kejadian sama berulang ke tanah perkuburan lain. 

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Langat, Md. Razali Hassanusi, berkata, beliau telah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak atasan Pejabat Agama Islam Daerah untuk tindakan selanjutnya. 

“Saya tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut ada kaitan dengan ilmu hitam. Apa yang berlaku amatlah dikesali kerana masih ada segelintir masyarakat yang masih mengamalkan amalan khurafat walaupun ianya salah di sisi agama. 

“Tinjauan Paid (Pejabat Agama Islam Daerah) Kuala Langat bersama pihak polis turut menyaksikan sebahagian kain kapan juga berselerak dan kubur dikorek sehingga menimbulkan kerisauan masyarakat setempat. 

“Keadaan tersebut sebenarnya memberi gambaran masih terdapat masyarakat yang tidak berhati perut dan terus menganiayai insan-insan yang sudah meninggal dunia”, katanya. 

Md Razali berharap, perbuatan berkenaan diharapkan tidak lagi berlaku di daerah ini sekali gus meminta kerjasama masyarakat supaya meninggalkan amalan khurafat dalam aktiviti seharian mereka. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, ketika dihubungi berkata, beliau mengesahkan kejadian tersebut dan polis akan menjalankan siasatan mengenainya.





Free Image Hosting at www.ImageShack.us

========================================================================
Nak cari cenderahati perkahwinan murah??---> KLIK SINI

========================================================================









Terima kasih sudi baca

Posted by admin on 21:02. Filed under . Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini mediasantai.com. Jemput LIKE fan page kami ya

By admin on 21:02. Filed under . Like Fan page facebook mediasantai.com. Jom follow cerita terbaru!

13 comments for "GEMPAR & SERAM: KUBUR DI GALI DI BANTING!!!"

  1. aku syak diorg nak buat ilmu yg sama mcm ilmu kat Toraja, iaitu ilmu necromancy (menghidupkan semula mayat) bg tujuan mengerjakan sesuatu utk pengamal ilmu tu... tak pun amik cecair drpd dagu mayat utk buat minyak senyonyong...

  2. adeh meremang plak bulu roma baca nie.. cam seram jer.. kang tak pepasal Pak Lurah jadi zomba habis di kokak nyer teman....

  3. alahai.. kubur pun nak korek..adoyaiiii

  4. ish3...banyak2 benda yg boleh digali. kubur org yg dia gali. herm..ni mesti kerja org2 yg gila dengan ilmu2 ghaib ni....thanks ya sbb sharing. walaupun aku dok tinggal berhampiran Banting. Hari ni baru aku tau pasai citer ni. maklumlah jarang pi Banting.

  5. @Jo Qusary ntahlah jo..mgkin kot..aku pn bkn phm sgt psl ilmu hitam ni..

  6. @Blogger Melayu Jawa x ramai tau...aku pn dh dua hr baru tau....

  7. @fiezah91 ntah..korek idung lg bagus...

  8. ish2..nak buat ape la tu...seksa je mayat tu..

  9. hmm...dalam zaman serba moden ni masih lagi ada nak buat keje2 tak bertamadun tu.

  10. Gambar rumah aku tuuu --"

  11. Ape daa pic lain kan banyakkk

Leave a reply

Sumber hangat!

Jom tengok!

Ada cerita menarik nak kongsi?


like kami di facebook!

Follow kami di twitter